Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Menjelang Aidilfitri - Ismail Sabri

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini memberi jaminan bekalan bahan mentah di seluruh negara mencukupi menjelang perayaan Adilfitri ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak kementerian telah menyediakan stok yang mencukupi bagi menampung permintaan orang ramai untuk sambutan Hari Raya ini.

"Setiap tahun permintaan ayam, daging dan kelapa sentiasa bertambah ... kami sudah menyediakan stok yang mencukupi lebih awal untuk mengelakkan masalah kekurangan bahan-bahan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pertanian Bandar di Pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di sini, Isnin.

Ismail Sabri berkata kerajaan bukan sahaja memantau bekalan bahan mentah di seluruh negara malah turut memantau harga barang-barang keperluan itu dari semasa ke semasa.

"Kami akan sentiasa memantau bekalan dan harganya dari semasa ke semasa.

Untuk negara kita, stok ayam tidak akan berkurangan kerana pengeluaran ayam  negara mencapai 125 peratus dan ia melebihi permintaan," katanya.Mengenai Program Pertanian Bandar, Ismail Sabri berkata kementerian menyasarkan untuk melahirkan 20,000 peserta dalam program itu menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata sehingga Mei lepas, program itu berjaya menarik 13,035 peserta di seluruh negara secara berperingkat melibatkan peruntukan RM4 juta.

"Sejak program ini mula dilancarkan Mac tahun lepas, ia berjaya mencapai penyertaan 5,000 orang dengan peruntukan RM1 juta. Bagi Pulau Pinang, sehingga Mei tahun ini, program Pertanian Bandar berjaya menarik 907 peserta melibatkan peruntukan RM145,000," katanya.

Beliau berkata buat masa ini peserta yang terlibat dalam program itu tidak menggunakan racun kimia dalam menghasilkan tanaman mereka sebaliknya hanya dibenar menggunakan racun bebas kimia.

"Menerusi fasa kedua yang dijangka dalam tempoh dua tahun lagi, peserta sedang dilatih oleh tenaga pengajar untuk menghasilkan baja organik menggunakan bahan terbuang termasuk sisa makanan dan sisa buangan haiwan ternakan," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Ismail Sabri , Aidilfitri , Pertanian Bandar

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan