Rafizi Dakwa Annuar Musa Tahu Urus Niaga Hartanah Melbourne Sejak 2014

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 12:39 PM

Rafizi menunjukkan beberapa dokumen ketika sesi taklimat di Melbourne pada 2014 pada sidang media Isnin.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa tahu butiran pembelian hartanah di Melbourne, termasuk tiga lain di Australia sejak 2014.

Beliau yang juga Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW) berkata, ini kerana Annuar telah melawat bangunan berkenaan dan mendapat maklumat mengenai proses pembelian menerusi anak syarikat Mara iaitu, Mara Inc pada 2014.

Dakwa Setiausaha Agung PKR itu, beliau mendapat dokumen dalaman Mara yang digunakan pada taklimat 20 Mei 2014 di Melbourne, kepada Annuar, delegasi Mara begitu juga individu yang dikaitkan bertanggungjawab dengan pembelian hartanah itu.

"Bukankah sepatutnya Tan Sri Annuar Musa sudah sedia maklum bahawa pembelian hartanah ini bermasalah melihatkan struktur pegangan yang digunapakai Mara Inc.

"Kenapa beliau tidak mengarahkan siasatan lebih awal sejak 2014 lagi dan bukannya selepas perkara ini didedahkan akhbar Australia," soalnya pada sidang media di pejabat NOW di sini, Isnin.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata demikian bagi merujuk beberapa kenyataan Annuar sebelum ini yang didakwa seolah-olah beliau tidak tahu menahu mengenai kontroversi pembelian itu sehingga isu tersebut dibangkitkan media Australia, The Age.

Laporan The Age itu mendedahkan Mara membeli satu hartanah dikenali sebagai Dudley International House pada harga RM65.2 juta walaupun harga sebenarnya hanya RM51.5 juta.

Lebihan pembayaran itu didakwa disalurkan kepada seorang pegawai atasan Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik.

Menurut Rafizi, sebahagian maklumat yang terkandung di dalam dokumen tersebut mengambarkan seolah-olah sebagai ‘amaran awal’ kepada Mara supaya rancangan untuk membeli keempat-empat hartanah itu tidak sepatutnya diteruskan.

Menurut Rafizi, sebahagian maklumat yang terkandung di dalam dokumen tersebut mengambarkan seolah-olah sebagai ‘amaran awal’ kepada Mara supaya rancangan untuk membeli keempat-empat hartanah itu tidak sepatutnya diteruskan.

“Daripada dokumen yang diperolehi, NOW akan mendedahkan beberapa perkara lagi minggu ini yang menunjukkan bagaimana pelaburan hartanah ini tidak memenuhi syarat pulangan kepada Mara dan sepatutnya dihentikan oleh Tan Sri Annuar Musa sebaik sahaja beliau menjadi Pengerusi Mara.

“Apa yang kita tahu sekarang sudah menjadi kontroversi ialah harga pembelian (hartanah). Apabila maklumat itu didedahkan nanti, saya fikir umum akan merasakan hartanah berkenaan bukan satu pelaburan yang berbaloi untuk dilakukan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut memberi gambaran bahawa akan terdapat pendedahan baharu mengenai pembelian hartanah lain selepas ini.

"Bukan sahaja pembelian-pembelian ini yang dibuat pada harga murah tetapi kemudiannya dijual berlipat kali ganda kepada kerajaan, ada juga pembelian-pembelian lain dan ini akan terus didedahkan.

Minggu lalu, Rafizi menggesa Mara memberi penjelasan mengenai pembelian tiga lagi hartanah di Australia iaitu 746 Swanston Street, 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street, sama ada ia turut melibatkan unsur rasuah atau tidak.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Rafizi Ramli , Mara , Melbourne

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan