Usah Persoal PR1MA Lulus Dulu Pelan Rumah Mampu Milik Lain

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2015 10:55 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang tidak harus mempersoalkan rancangan pembinaan rumah di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sedangkan pelan rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik yang dikemukakan untuk dibina di negeri ini hampir dua tahun lalu, masih tidak diluluskan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata sehingga hari ini, kelulusan pelan projek pembinaan sebanyak 9,500 unit rumah kos rendah dan mampu milik oleh agensi kerajaan pusat, masih tertangguh.

Justeru, beliau menyeru kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP agar tidak terus melengah-lengahkan pelan pembinaan 9,500 unit rumah mampu milik berkenaan yang dikemukakan agensi kerajaan Persekutuan, JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

"Tidak ada satu unit pun diluluskan tahun lepas dan tahun ini. Kita sudah tunggu satu setengah tahun tanpa sebarang kelulusan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di UMNO Bahagian Bayan Baru, Sabtu malam.

Zainal Abidin berkata Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Negeri Jagdeep Singh Deo kerap mempersoalkan mengenai pelan perumahan PR1MA, sedangkan rancangan membina 9,500 unit rumah yang dikemukakan, hampir dua tahun lalu itu  tidak mendapat perhatian.

Beliau menjelaskan rancangan PR1MA adalah di bawah fasa ketiga yang bakal memanfaatkan 35,000 rakyat dan ia tidak dapat dilaksanakan kerana pelan fasa pertama yang melibatkan 9,500 unit masih tertangguh.

"Kita tunggu pelan fasa pertama diluluskan dulu sebelum melaksanakan fasa kedua yang akan membabitkan 25,000 unit rumah dan seterusnya fasa ketiga (PR1MA).

"Lulus dulu pelan fasa pertama sebelum bercerita pasal PR1MA (fasa ketiga) yang masih dalam perancangan yang dibuat untuk kepentingan rakyat Pulau Pinang," katanya.

Zainal Abidin turut menyuarakan kekesalan dengan sikap kerajaan negeri yang sentiasa memberi alasan untuk tidak meluluskan projek yang dikemukakan dengan menyatakan pelan tersebut tidak mengikut syarat.

"Sewaktu kita mohon bawah JKP untuk 9,500 unit, mereka kata tak boleh lulus kerana pelan tidak ikut syarat. Jadi pelan bagi lapan daripada 15 projek telah dipinda, tetapi sampai sekarang tak diluluskan," katanya.

Zainal Abidin berkata kerajaan negeri sekali lagi bertindak melengah-lengahkan kelulusan projek berkenaan dengan menyatakan JKP berhutang sebanyak RM500,000 dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang ekoran insiden runtuhan penebat kilat bangunan UMNO di Jalan Macalister, dua tahun lepas.

"Kerajaan negeri mendakwa MBPP terpaksa baiki kerosakan jalan dan pasang jeriji di atas bangunan yang rosak demi keselamatan awam yang kos hanya mungkin RM100,000. Mereka kata kena bayar dulu (RM500,000) baru lulus pelan," jelasnya.

Bagaimanapun, menurut Zainal Abidin 'hutang' berkenaan telah dilangsaikan namun pelan masih tidak diluluskan dan pihaknya seakan-akan dipermain-mainkan kerajaan negeri yang sering mencari masalah dan bukannya penyelesaian.

Tags / Kata Kunci: Umno , PR1MA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan