Letupan: Penuntut Malaysia Dirawat Di Taipei

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2015 9:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penuntut Malaysia yang cedera dalam letupan semasa sambutan 'Colour Play Asia' di Formosa Water Park, New Taipei City semalam, dirawat di Unit Rawatan Rapi Ren Ai Hospital.

Lim Sh Li, penuntut jurusan perubatan di National Taiwan University, melecur tahap kedua pada 54 peratus bahagian lengan dan kakinya, kata Kementerian Luar hari ini.

Menurut kenyataan kementerian, seorang pegawai Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei telah melawat pelajar terbabit untuk memberi bantuan konsular yang sewajarnya.

Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat punca letupan itu.

Kementerian Luar, melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, juga sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan