Pekerja MAS Diberhentikan Perlu Terima 'Qada Dan Qadar'

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2015 1:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli akademik veteran berkata pemberhentian 6,000 pekerja Malaysia Airlines (MAS) dalam pelan penyusunan semula syarikat penerbangan nasional itu harus diterima sebagai 'qada dan qadar' oleh kakitangan terbabit kerana inilah usaha terakhir untuk menyelamatkan MAS.

Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata langkah Khazanah Nasional Berhad mengurangkan kakitangan MAS sebagai salah satu asas utama pelan itu perlu diteruskan walaupun berdepan dengan ancaman mogok oleh Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) dan tiada sebab mengapa langkah itu perlu ditarik balik.

Dr Zainal dari Pusat Pengajian Kerajaan Universiti Utara Malaysia berkata para pekerja sewajarnya menerima hakikat bahawa MAS secara teknikalnya telahpun muflis seperti yang dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Christoph Mueller baru-baru ini dan perberhentian pekerja adalah opsyen yang muktamad.

Lagipun, mereka yang diberhentikan mempunyai peluang pekerjaan alternatif di samping menerima pampasan sewajarnya seperti terkandung di dalam perjanjian bersama (CA) untuk kebajikan mereka, katanya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan Rabu lepas bahawa sebanyak 5,500 peluang pekerjaan ditawarkan 30 syarikat kepada kakitangan berkenaan.

Ini termasuk dua syarikat penerbangan tempatan iaitu AirAsia dan Malindo Air menawarkan peluang pekerjaan kepada 6,000 kakitangan MAS yang diberhentikan itu.

Ahmad juga berkata pampasan dan kemudahan yang disediakan untuk kebajikan kakitangan yang tidak lagi berkhidmat dan yang masih kekal dalam MAS, menelan belanja RM1.5 bilion.

Timbalan Menteri itu juga berkata kerajaaan terpaksa membelanjakan RM19.2 bilion sejak tahun 2001 hingga 2014 bagi memulihkan MAS akibat kegagalan penswastaannya pada tahun 1990-an.

Dr Zainal berkata pemberhentian kerja adalah lumrah bagi kakitangan di syarikat-syarikat, baik swasta atau milik kerajaan sekali pun, sekiranya operasi mereka terus mengalami kerugian.

"Jadi bermakna, orang terpaksa kembali kepada menerima qada dan qadar lah," katanya.

Merujuk kepada ancaman mogok oleh NUFAM, beliau berkata langkah itu tidak patut diteruskan dan akan hanya merugikan lagi semua pihak tetapi beliau yakin syarikat penerbangan itu mempunyai pelan kontingensi atau pelan B untuk menangani kemungkinan itu.

"Apa saja jenis perniagaan tiada jaminan akan kejayaannya. Tetapi sekurang-kurangnya, golongan yang mengkaji masalah MAS sudah memahami di mana letaknya kos yang paling besar, yang paling berat, tak menguntungkan, yang merugikan.

"Jadi yang terbesar ini kos pengurusan, bukan kos teknikal. Walaupun Mueller nak mengurangkan bilangan kapalterbang, bilangan jenis bilangan laluan penerbangan, jadi bermakna sekurang-kurangnya daripada pengalaman yang amat pahit ini dalam usaha-usaha yang lampau ini, dia telah tahu di mana kos yang wajib dikurangkan, untuk mendapat kecekapan effisiensi itu," katanya.

Syarikat penerbangan negara telah mencatat kerugian lebih daripada RM4.9 billion sejak permulaan tahun 2011.

Mueller telah mengatakan syarikat penerbangan baharu, Malaysia Airline Berhad (MAB), merupakan sebuah entiti yang lebih kecil, hanya dapat menampung kira-kira 14,000 pekerja.

Dr Zainal juga berkata dalam industri penerbangan, sukar bagi pemain industri untuk memberi jaminan tentang apa yang akan berlaku tahun hadapan.

"Tahun hadapan adakah harga minyak akan turun atau naik balik dan sebagainya dan persaingan sudah makin hebat dan sebagainya. Tapi sekurang-kurang kita yakin kita boleh buat dengan yang lebih kecil, yang lebih kompak, yang lebih efisen, dan barang kali yang lebih komited," katanya.

Tags / Kata Kunci: MAS , Nufam

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan