PAS Belum Buat Keputusan Putus Hubungan Dengan DAP - Nasrudin

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2015 1:36 PM

Nasrudin Hassan Tantawi.

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng adalah seorang yang gopoh apabila mengisytiharkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud sedangkan PAS masih belum memutuskan sebarang ketetapan berhubung usul tergempar Dewan Ulama mahukan parti itu memutuskan hubungan dengan DAP, kata seorang pemimpin PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi berkata ini kerana Lim tidak merujuk kepada kepimpinan parti komponen pakatan pembangkang untuk menangani perkara itu.

Katanya Majlis Syura akan mengadakan mesyuarat khusus berhubung isu ini dan beberapa perkembangan semasa dalam parti tidak lama lagi selepas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din pulang daripada mengerjakan umrah.

"Apa yang berlaku ialah DAP yang memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat dan PAS. Jadi, ini sesuatu yang menariklah usul Dewan Ulama Pas Pusat dilaksanakan oleh DAP sedangkan kita belum membuat sebarang keputusan dan ketetapan mengenainya," katanya kepada pemberita selepas ceramah perdana kepimpinan PAS Pusat di Markas Tarbiyah PAS negeri, Pongsu Seribu di sini malam Sabtu.

Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS Idris Ahmad serta barisan kepimpinan PAS Pulau Pinang.

Nasrudin berkata sehingga sekarang PAS mempunyai hubungan yang baik dalam Pakatan Rakyat dan parti komponen yang lain kecuali DAP yang mengambil pendirian untuk memutuskan hubungan dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Ditanya sama ada tindakan Lim itu mahu menimbulkan sentimen untuk mengelirukan rakyat, Nasrudin berkata apa yang berlaku merupakan satu provokasi yang cuba dilancarkan sejak daripada awal lagi.

"Apa yang mereka (DAP) nak lakukan, bagaimana mereka nak suarakan dan apa sikap yang mereka nak ambil itu terpulanglah. Namun, sikap (pendirian) PAS sehingga hari ini kita masih bersama dengan Pakatan Rakyat," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengarahkan semua lapisan kepimpinan PAS negeri yang dilantik beberapa perjawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang untuk meneruskan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat seperti biasa.

Mengulas mengenai cadangan penubuhan parti politik baharu, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan kumpulan G18, Nasrudin mengibaratkan itu hanyalah fenomena sementara selain 'demam' selepas pasca muktamar PAS.

Namun, beliau menasihatkan agar mereka tidak menjadi pengganggu kepada hasrat parti untuk memperjuangkan Islam dan menjadi satu alternatif kepada UMNO dan Barisan Nasional dalam mentadbir negara.

"Dengan langkah yang ditimbulkan mereka sedikit sebanyak mengelirukan orang awam dan juga mengganggu kedudukan politik tanah air yang saya kira tak kan ke mana pun," katanya.

Ditanya mengenai DAP yang didakwa menjalin hubungan baik dengan Pasma dan kumpulan G18 yang disifatkan sebagai pro-DAP berbanding pro-ulama PAS, Nasrudin berkata itu adalah hak rakan sekutunya itu untuk berbuat demikian selain tidak timbul sentimen pro-ulama mahu pun profesional.

Tags / Kata Kunci: PAS , DAP , Nasrudin Hassan Tantawi , putus hubungan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan