MH17: Pampasan Lewat Kerana Kenal Pasti Waris Sebenar

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2015 4:08 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kelewatan bayaran pampasan kepada waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 adalah disebabkan untuk mengenal pasti individu sebenar yang berhak menerima bayaran berkenaan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihak MAS perlu meneliti terlebih dahulu penerima atau waris bayaran pampasan yang sah sebelum wang berkenaan disalurkan kepada mereka.

"Saya difahamkan ramai yang telah mendapat bayaran itu dan hanya tinggal beberapa keluarga mangsa yang masih belum dikenal pasti siapa yang perlu menerima bayaran itu.

"Perkara itu perlu diuruskan oleh MAS secepat mungkin. Bagi pihak kerajaan, kita sudah pastikan bahawa semua bayaran dibuat dengan cepat kerana kejadian itu hampir setahun berlaku," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pemuda dan Wanita MCA Bahagian Gopeng di sini hari ini.

Pesawat malang MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine setelah ditembak jatuh di ruang udara negara yang bergolak itu pada 17 Julai lepas.

Menurut Liow, kerajaan menggesa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) membantu Malaysia menyiasat apa yang berlaku terhadap MH17 bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

"Ini bagi memastikan badan penyiasat antarabangsa yang telah diwujudkan dapat mengeluarkan laporan mereka secepat mungkin untuk mengenal pasti siapa sebenarnya pihak yang bertanggungjawab menyebabkan pesawat MH17 ditembak jatuh," katanya.

Tags / Kata Kunci: MH17 , MCA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan