BAT Naikkan Harga Rokok - Berita Semasa | mStar

BAT Naikkan Harga Rokok

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2015 4:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) akan menaikkan harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa esok, 29 Jun, 2015.

"Semakan harga hari ini mengambil kira Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Syarikat telah menyerap GST selepas pelaksanaannya pada 1 April, 2015," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Harga baharu rokok: Dunhill (RM13.80), Kent (RM13.80), Benson  and  Hedges (RM13.80), Peter Stuyvesant (RM12.30), Pall Mall (RM12.30) dan Lucky Strike Plain (RM14.30).

Tags / Kata Kunci: BAT , Dunhill
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan