1MDB Ulangi Pendirian Hadir Prosiding PAC

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2015 4:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Ahad mengesahkan semula kehadiran dan memberi komitmen untuk bekerjsama sepenuhnya dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Dalam kenyataan hari ini, 1MDB mengulangi komitmennya, sebagaimana diumumkan pada 25 Mei 2015, untuk menghadiri prosiding itu.

"1MDB mempunyai keyakinan terhadap proses PAC dan percaya anggotanya akan menjalankan peranan mereka secara adil dan profesional," demikian menurut syarikat pembangunan strategik itu dalam kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kenyataan spekulatif dalam media hari ini, yang memetik anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang serta anggota Parlimen PJ Utara dan anggota PAC, Tony Pua yang mempersoalkan sama ada bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Halmi serta Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda akan menghadiri prosiding PAC pada Ogos ini, kata 1MDB.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , PAC

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan