Tindakan Tegas Perlu Diambil Terhadap Individu Fitnah Kerajaan Dan PM

Diterbitkan: Sabtu, 27 Jun 2015 9:32 PM

Ismail Sabri Yaakob (kiri) yang juga Anggota Parlimen Bera beramah-mesra dengan anak yatim ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Anak Yatim dan Tadarus Al-Quran pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

BERA: Tindakan tegas undang-undang perlu diambil terhadap individu yang melemparkan fitnah terhadap kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Beliau berkata tindakan terhadap perlu diambil kepada mereka yang melakukan perkara itu dengan merujuk kepada blog Sarawak Report yang memperoleh maklumat itu daripada bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo. 

Individu didedahkan oleh Xavier yang mungkin terbabit dalam penyaluran maklumat tidak tepat mengenai transaksi perniagaan di antara 1MDB dan PetroSaudi juga perlu dikenakan tindakan, katanya.

"Sesiapa juga menggunakan laporan Sarawak Report untuk menyerang kerajaan dan Perdana Menteri wajar dikenakan tindakan kerana tiada sesiapa boleh dikecualikan atau lebih tinggi daripada undang-undang.

"Tindakan tegas juga perlu diambil terhadap pihak terbabit demi menjaga kepentingan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis tadarus al-Quran peringkat negeri Pahang di Masjid Daerah Bera di sini, Sabtu.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani diminta mengulas penahanan Xavier di Thailand oleh pihak berkuasa negara itu pada 23 Jun lalu dan mendakwanya atas tuduhan memeras ugut PetroSaudi, seperti mana dilaporkan media Thailand dan disahkan syarikat itu. PetroSaudi, syarikat antarabangsa industri minyak dan gas yang berpangkalan di Arab Saudi itu, terkenal di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalin dengan 1MDB.

Bagaimanapun, sebahagian kandungan maklumat e-mel dan dokumen berkenaan difahamkan ditokok tambah pihak tertentu untuk kepentingan peribadi serta digunakan berulang kali di seluruh dunia.

Ismail Sabri berkata, penahanan Xavier itu harus membuka mata dan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak mempercayai agenda jahat segelintir pihak yang cuba menimbulkan kebencian rakyat.

Rakyat seharusnya mempercayai penjelasan kerajaan dan menteri kabinet berkenaan berhubung isu berkenaan dan bukan daripada sumber yang tidak sahih, katanya. Oleh itu beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera mengingatkan rakyat untuk tidak mempercayai sebarang maklumat daripada media sosial atau blogger sebaliknya perlu merujukkannya kepada pihak berkuasa untuk pengesahan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan