Tenaganita Bimbang Malaysia Transit Sindiket Pengantin Kanak-Kanak

Diterbitkan: Sabtu, 27 Jun 2015 12:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penindasan oleh pihak berkuasa, ditambah oleh taraf hidup rendah di negara asal menyebabkan kanak-kanak perempuan termasuk dari Bangladesh dan etnik Rohingya dipaksa oleh ibu bapa mereka berkahwin dengan warga asing melalui ejen di negara asing.

Perkara yang menyedihkan adalah Malaysia turut dilaporkan menjadi satu daripada transit dan terminal kepada sindiket ini.

Pengarah Tenaganita Glorene A Das berkata, pertubuhannya yang bertanggungjawab melindungi dan mempromosi hak wanita, migran dan pelarian telah mengesan kegiatan tersebut sejak awal tahun 2000.

Semasa ditemui Bernama beliau berkata, pertubuhan bukan kerajaan itu telah memberi perlindungan kepada 11 mangsa kes seumpama itu pada tahun lalu.

Mangsa paling muda berusia lapan tahun yang merupakan warga Bangladesh dan etnik Rohingya.

"Tenaganita memberi perlindungan kepada mangsa pemerdagangan orang, kami tidak ada pun mangsa pemerdagangan dalam perlindungan kami sekarang, tetapi kami memberi perlindungan kepada 11 gadis tahun lalu dan mereka sudah ditempatkan semula dalam masyarakat mereka di sini," katanya.

Sejak tahun lalu, Glorene menjelaskan pertubuhannya telah mengendalikan 40 kes pemerdagangan kanak-kanak termasuk kes pengantin kanak-kanak.

"Kami bekerja dengan polis mengikut kes, kadang-kadang mereka yang akan merujukkan kes kepada kami," kata beliau.

Sebelum ini, Glorene berkata, pertubuhannya juga turut mengendali kes pengantin kanak-kanak dari negara lain seperti Vietnam, India dan China.

Tenaganita ditubuhkan pada 1991 dan peranannya antara lain termasuk memberi perlindungan hak migran, program bertindak pelarian, antipemerdagangan manusia dan perlindungan kepada wanita dan kanak-kanak mangsa pemerdagangan.

Tenaganita dalam laporan akhbar berbahasa Inggeris pada Selasa lalu mendedahkan Malaysia menjadi pusat pasar gelap pengantin kanak-kanak yang mana warga Bangladesh dan pendatang Rohingya boleh berkahwin dengan kanak-kanak perempuan dari negara asal mereka secara "Cash and Carry".

Pertubuhan itu dipetik sebagai berkata, para ibu bapa gadis terbabit membayar antara RM6,800 hingga RM7,000 kepada orang tengah untuk mengahwinkan anak gadis mereka yang berumur antara lapan hingga 17 tahun kepada orang Bangladesh dan Rohingya di Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh semasa dihubungi enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, beliau berkata polis akan menyiasat jika terdapat laporan berkaitan perkara ini dan menambah, polis akan bertindak jika kes ini wujud.

Tags / Kata Kunci: Rohingya , Bangladesh

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan