SPDP Ikrar Perangi Politik Melampau Di Sarawak - Berita Semasa | mStar

SPDP Ikrar Perangi Politik Melampau Di Sarawak

Diterbitkan: Sabtu, 27 Jun 2015 1:47 PM

(Ubah saiz teks)

BINTULU: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak akan membenarkan sebarang bentuk politik melampau bertapak di Sarawak.

Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King berkata mereka yang memainkan isu agama di Sarawak harus diambil tindakan tegas kerana mereka akan mewujudkan huru-hara dan ketegangan kaum.

"Kami adalah negeri yang aman dengan semua kaum hidup dalam harmoni seperti saudara, itu yang membanggakan kami sebagai anak Sarawak," katanya pada majlis 'Ngiling Tikai' (membawa maksud 'menggulung tikar' menandakan berakhirnya perayaan Hari Gawai) Bahagian Bintulu pada Jumaat malam.

Tiong berkata SPDP akan terus bersuara lantang membabitkan sebarang isu di Sarawak terutama melibatkan pembangunan infrastruktur di negeri itu.

Beliau berjanji SPDP akan terus bekerjasama dengan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem ke arah Sarawak yang lebih baik.

Tags / Kata Kunci: SPDP
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan