Pembelian Hartanah Di Melbourne Ikut Prosedur - Shafie Apdal

Diterbitkan: Sabtu, 27 Jun 2015 11:14 PM

Dudley International House.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Mara Incorporated Sdn Bhd, anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara), membeli hartanah di Melbourne, Australia mengikut prosedur yang ditetapkan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.   

Beliau berkata hanya ada satu perjanjian berhubung pembelian bangunan Dudley International House dan tiada unsur yang menunjukkan harga dinaikkan bagi pembelian hartanah itu seperti yang dilaporkan oleh akhbar Australia, The Age.   

"Kalau ada persoalan berbangkit tentang adanya kenaikan harga, kita ada perjanjian dengan pihak penjual dengan pembeli, berapa (harga) yang dijual, penilaian berapa...jadi, kalau ada tuduhan, kalau ada bukti, mereka boleh mengadu.    

"Fakta yang mereka sebarkan tidak betul kerana kalau berdasarkan apa yang termaktub dalam perjanjian itu, apa yang perjanjian itu nyatakan adalah betul kecuali ada perjanjian yang lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Parlimen Sungai Petani dan majlis berbuka puasa pada Sabtu.

Menurutnya seperti mana yang dijelaskan oleh Pengerusi Mara Tan Sri Anuar Musa baru-baru ini, bangunan itu dibeli pada harga A$22 juta tetapi kini, harganya semakin tinggi hingga mencecah A$27 juta.  

"Maknanya, bangunan milik Mara itu kini jauh lebih tinggi nilainya daripada yang kita beli. Jadi, tiada kerugian dalam pembeliannya...bangunan itu milik sendiri, bukan milik sesiapa dan keuntungannya dimiliki oleh Mara," katanya.   

Mohd Shafie berkata pihak pengurusan Mara akan meminta badan antarabangsa untuk menilai tanah dan bangunan itu sebagai langkah menjelaskan perkara itu kepada rakyat.

Selain itu, beliau berkata pihaknya turut memberi kerjasama kepada badan penyiasatan namun menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk penyelewengan.   

Ditanya mengenai dakwaan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razakada kaitan dengan pembelian hartanah itu, beliau menjelaskan: "Mana ada kaitan,beliau pengerusi Majlis Ekonomi yang turut dianggotai banyak menteri...semua setuju meluluskan (pembelian hartanah itu), proses ini melalui penelitian yang terperinci, kita patuhi peraturan."

Baru-baru ini, The Age melaporkan seorang pegawai tinggi Mara, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan dana kerajaan secara berlebihan untuk membeli satu blok pangsapuri di Melbourne.

Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' telah terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok pangsapuri itu pada 2013.   

The Age melaporkan ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan Dudley International House iaitu daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dan mendakwa wang perbezaan itu dijadikan rasuah di tanah air.   

Dudley International House merupakan asrama pelajar yang dibeli Mara, yang turut menyediakan biasiswa untuk penuntut Malaysia yang melanjutkan pengajian diluar negara.   

Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat itu di sub bandarEast Caulfield menempatkan 115 pelajar Mara di Monash University.

Tags / Kata Kunci: MARA , Dudley International House , Melbourne

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan