Majlis Memperingati Setahun MH17 Pada 11 Julai - Liow

Diterbitkan: Sabtu, 27 Jun 2015 1:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis memperingati setahun tragedi MH17 akan diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 11 Julai ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau pada Sabtu berkata, waris mangsa, kakitangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan pegawai kerajaan akan dijemput untuk menghadiri majlis itu.

Tambah Liow, satu laporan berhubung tragedi itu akan disiapkan tidak lama lagi.

Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu selepas ditembak jatuh semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, mengorbankan 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Tags / Kata Kunci: MH17L , Liow Tiong Lai

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan