Majikan Diharap Beri Keutamaan Kepada Pekerja Tempatan

Diterbitkan: Sabtu, 27 Jun 2015 12:33 PM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Majikan di Malaysia diharap memberikan keutamaan menggaji rakyat tempatan khususnya golongan muda, berbanding mengambil pekerja asing sama ada pelarian Rohingya atau pekerja Bangladesh yang akan dibawa masuk ke Malaysia.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata tidak wajar untuk majikan di negara ini meminggirkan tenaga tempatan kerana masih ramai anak muda yang dapat melakukan kerja yang diberikan kepada warga asing.

"Kita tidak boleh menafikan masih terdapat keperluan untuk menggaji tenaga kerja asing. Namun, dalam masa sama, kita tidak mahu anak muda kita terbiar dan pekerjaan yang ada itu diisi pekerja asing.

"Alasan yang sering diberikan majikan adalah pekerja tempatan tidak mahu bekerja, namun adakah dakwaan itu benar?" katanya kepada pemberita semasa ditemui di Kampung Lubuk Paku di sini, malam tadi.

Terdahulu, Ismail menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Pengurniaan Kepada Yang Memerlukan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan isteri Tunku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar kepada 200 penduduk kampung sekitar Maran.

Ismail berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kira-kira 1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa masuk ke negara ini secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan pelbagai sektor.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Maran turut menjelaskan bahawa keputusan untuk membawa masuk pekerja Bangladesh itu juga adalah terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu, mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan bahawa kerajaan perlu memberi kebenaran kepada pelarian terutamanya kaum Rohingya daripada memberi pekerjaan kepada pekerja Bangladesh, Ismail berkata perkara itu agak sukar dilakukan.

"Jika kita membenarkan pelarian yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), kita tidak boleh mendiskriminasikan mereka, termasuk dalam hal gaji minimum," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Sumber Manusia , KDN

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan