Tindakan Khairul Letak Jawatan, Keputusan Peribadi - Khaled Nordin

Diterbitkan: Sabtu, 27 Jun 2015 3:34 PM

Mohamed Khaled Nordin
(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Keputusan Naib Ketua Pemuda UMNO Johor Datuk Khairul Anwar Rahmat melepaskan semua jawatannya dalam UMNO dilihat sebagai tindakan peribadi dan perlu dihormati, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mengakui yang beliau tidak dimaklumkan mengenai peletakan jawatan Khairul, Mohamed Khaled berkata dirinya bersedia untuk bertemu dengan Khairul untuk mengetahui sebab sebenar.

"Sebab utama saya pun tak tahu, jadi saya tidak hendak ulas (lanjut). Kami menghormati keputusannya, mungkin dia ada sebab mengapa dia lakukan," kata beliau kepada pemberita selepas program Ziarah Ramadan di Masjid Kampung Melayu Pandan, di sini, Sabtu.

Menteri Besar Johor itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairul, yang juga Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), melepaskan kesemua jawatannya dalam parti itu bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja kemasyarakatan dan perluasan operasi syarikatnya berkuat kuasa 11 Julai ini, pagi Sabtu.

Dalam satu kenyataan di sini, Khairul berkata beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang dan Ketua Sekretariat Perundangan UMNO Malaysia.

Sementara itu, Mohamed Khaled yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Perma berkata UMNO Johor menerima keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti itu yang dijadual pada tahun depan kepada selama 18 bulan bagi memberi keutamaan kepada rakyat serta usaha memperkukuh parti itu.

Mohamed Khaled berkata keputusan yang diambil MT adalah bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada persediaan yang rapi untuk memperkukuh parti bagi berhadapan pilihan raya akan datang yang dijangka lebih mencabar.

"Antara cabaran yang dihadapi setiap kali musim pemilihan ialah perbalahan berterusan serta perpecahan dalam kalangan pemimpin dan anggota parti yang akan memberi kesan yang buruk terhadap parti itu sendiri.

"Untuk parti berjaya, parti perlu lebih kuat dan untuk kuat, ia perlu bersatu padu dan kami perlu elak keadaan parti boleh berpecah," kata beliau.

Terdahulu, Mohamed Khaled melawat lima buah rumah asnaf di Kampung Melayu Pandan serta menyampaikan hamper (keperluan makanan sebulan) dan duit zakat RM500 daripada UMNO cawangan dan Baitulmal kepada golongan asnaf di sini.

Tags / Kata Kunci: Umno , Johor

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan