Kedai Makan Kekal Beroperasi 24 Jam - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 27 Jun 2015 5:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan tempoh operasi 24 jam bagi restoran dan kedai makan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, keadaan operasi yang diguna pakai sekarang dilihat memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai.

Menurutnya, golongan peniaga juga akan berpeluang mencari rezeki dan mengehadkan waktu operasi hanya menimbulkan banyak kesulitan kepada orang ramai.

"Kerajaan tidak akan mengubah peraturan sedia ada berhubung dengan pembukaan (operasi) restoran dan tempat makan 24 jam. Kita akan mengekalkan pembukaan seperti sedia kala.

"Jadi tidaklah timbul kebimbangan untuk kita menyekat waktu kita membuka kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas mengedarkan bubuk lambuk kepada orang ramai di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, Sabtu.

Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan sebagai berkata terdapat cadangan untuk mengehadkan waktu operasi kedai makan sehingga pukul 12 tengah malam sebagai langkah membendung gejala sosial.

Ditanya mengenai kenyataan Shahidan berhubung waktu operasi kedai makan, Perdana Menteri berkata, ia merupakan cadangan dan pandangan beliau tetapi kerajaan telah membuat keputusan.

"Ramai yang telah memberikan reaksi kepada saya, sebab itu kerajaan mengambil keputusan untuk mengekalkan peraturan sedia ada supaya mereka boleh berniaga seperti biasa," jelas Najib ketika ditanya mengenai aduan orang ramai terutama peniaga yang membantah cadangan untuk mengehadkan waktu operasi kedai makan sehingga pukul 12 tengah malam.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan