Kematian Akibat Denggi Meningkat Di Perak

Diterbitkan: Sabtu, 27 Jun 2015 4:58 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jumlah kematian akibat denggi di Perak meningkat kepada 13 kes dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tujuh dalam masa sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Pembangunan Kampung Baharu negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata tujuh kematian dilaporkan di daerah Kinta, Manjung (dua), Hilir Perak(satu), Kuala Kangsar (satu), Kampar (satu) dan Kerian (satu).

Beliau berkata sehingga kini, jumlah kumulatif kes denggi di Perak meningkat 117.9 peratus iaitu 5,564 kes, berbanding tempoh yang sama tahun lepas sebanyak 2,554 kes.

"Kes denggi di Kinta sebanyak 4,092 kes, Manjung (330), Hilir Perak (197), Kuala Kangsar (247), Batang Padang (134), Larut Matang dan Selama (218), Kampar (187), Perak Tengah (35), Kerian (80) dan Hulu Perak (44)," katanya kepada pemberita di sini,Sabtu.

Terdahulu, Dr Mah mengadakan lawatan bersama Jabatan Kesihatan Perak kekawasan 'hotspot denggi tegar' di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan Dua, Manjoi dan Taman Cempaka di sini.

Beliau berkata tempoh wabak denggi paling lama di negara ini adalah di dua kawasan di daerah Kinta itu iaitu dari November tahun lepas sehingga kini.

"Tempoh wabak denggi di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 2 adalah 213 hari membabitkan 104 kes manakala di Taman Cempaka, 203 hari membabitkan 110 kes,"katanya.

Dr Mah berkata antara faktor wabak denggi di lokaliti itu adalah disebabkan longgokan sampah haram, longkang tersumbat, rumah kosong terbiar, pembuangan sisa pembinaan dan tingkah laku penduduk menyimpan barang lusuh dan terpakai.

Beliau menggesa masyarakat menggembleng tenaga dalam menjalankan operasi gotong-royong di lokaliti kawasan 'hotspot' denggi di seluruh Perak bagi memerangi wabak penyakit itu.

"Denggi yang menjadi kebimbangan utama ketika ini hanya dapat dikurangkanmelalui kerjasama semua pihak dengan melaksanakan tanggungjawab masing-masing,"katanya.

Tags / Kata Kunci: kematian denggi , Ipoh , meningkat

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan