Wanita Pakai Skirt Paras Lutut Dihalang Masuk Bangunan Mahkamah

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 10:56 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: 'Polis' yang mengeluarkan arahan "tidak boleh pakai skirt pendek" kembali lagi!

Kali ini, seorang pengawal keselamatan mengeluarkan arahan dengan memberitahu seorang wanita untuk menukar pakaian yang didakwanya tidak sesuai sebelum memasuki kompleks mahkamah Balik Pulau dekat sini.

Wanita berusia 50-an itu memakai skirt paras lutut,  namun pengawal berkenaan memutuskan bahawa skirtnya terlalu singkat.

Tergamam dengan arahan itu, wanita tersebut yang ingin mengesahkan beberapa dokumen di kompleks pejabat Pesuruhjaya Sumpah meninggalkan tempat itu.

Ketika dihubungi The Star, wanita itu yang enggan namanya disiarkan berkata, pengawal keselamatan itu dengan sopan memberitahu bahawa dia tidak boleh memasuki premis itu kerana skirtnya terlalu singkat.

"Dia memberitahu saya untuk menukarnya jika saya mahu masuk. Saya terkejut kerana saya telah memakai skirt panjang paras lutut.

"Pengawal menegaskan bahawa skirt saya terlalu pendek, jadi saya pun meninggalkan tempat itu. Saya tidak mahu mencetuskan adegan, " katanya.

Gambar wanita dengan pakaiannya itu disiarkan di Facebook oleh rakan sekerjanya semalam dan ia menjadi viral dalam beberapa jam. Ia telah dikeluarkan kira-kira pukul 5.30 petang selepas menarik perhatian ramai.

Kapsyen gambar ditulis: "Rakan saya tidak dibenarkan masuk ke dalam Mahkamah Balik Pulau pagi semalam oleh seorang pengawal keselamatan kerana skirtnya terlalu pendek ... Betul? Ini terlalu singkat?"

Berita itu telah menarik pelbagai reaksi  di halaman Facebook The Star Online.

Pengguna bernama Felix Champ mengulas: "Saya akan mula menjual kain di hadapan bangunan kerajaan. Mungkin satu perniagaan yang baik."

Napsiah Wan Salleh pula berkata: "Itu bukan peraturan baharu bagi Parlimen dan bangunan mahkamah. Skirt labuh lebih nampak bergaya."

Pada Isnin, dua wanita - seorang wartawan dan seorang penduduk Selangor terpaksa memakai kain sarung sebelum dibenarkan masuk ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Selasa lepas, seorang wanita dilaporkan dihalang oleh pengawal keselamatan di pintu gerbang Hospital Sungai Buloh kerana memakai seluar pendek.

Pada 8 Jun, seorang wanita dilaporkan tidak dibenarkan berurusan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan, Gombak kerana skirt yang dipakai tidak menutup lututnya dan diberi kain sarong untuk dipakai.

Tags / Kata Kunci: etika pakaian , bangunan mahkamah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan