Palanivel Dakwa Surat RoS Dipetik Di Luar Konteks

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 8:07 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri G. Palanivel tetap bertegas  bahawa beliau masih Presiden MIC, dan berkata surat Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang menyatakan beliau bukan lagi anggota parti telah dipetik di luar konteks.

Surat RoS bertarikh 25 Jun itu adalah surat balasan yang diutus oleh  Setiausaha Agung MIC bertarikh 17 Jun.

Surat Setiausaha Agung tidak didedahkan, tetapi ia nampaknya telah 'menyatakan' kepada RoS bahawa Palanivel telah hilang keanggotaan dalam parti mengikut Artikel 91 Perlembagaan MIC, dan mengiktiraf Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebagai pemangku presiden.

Dan Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah menjawab: "Saya maklum bahawa YB Datuk Seri G. Palanivel telah hilang keanggotaan dengan sendirinya (Ipso Facto) mengikut Artikel 91 Perlembagaan MIC dan bahawa YB Datuk Seri S. Subramaniam menjalankan tugas sebagai pemangku presiden parti".

Dalam kenyataan hari ini, Palanivel berkata: "RoS tidak membuat sebarang pemutusan bagi pihak mereka berhubung permohonan Artikel 91 Perlembagaan MIC.

RoS tahu bahawa mereka tidak mempunyai bidang kuasa untuk mentafsir Perlembagaan MIC".

"RoS tahu atau sepatutnya mengetahui bahawa apa-apa tafsiran mengenai Perlembagaan MIC hanya boleh dilakukan oleh CWC MIC dan bukan yang lain," katanya.

Palanivel berkata Dr Subramaniam telah memperdaya orang ramai sehingga beranggapan bahawa RoS, sebuah agensi kerajaan, telah bertindak di luar bidang kuasanya sehingga tersalah membuat penentuan di bawah Artikel 91 sedangkan ia tidak.

"Jadi kerana, RoS juga tidak sepatutnya memperakui satu pihak, apa sahaja Dr Subramaniam dan kumpulannya telah menulis kepada mereka.

"Saya telah menjadi anggota MIC sejak berusia 18 tahun dan jangan harap saya mahu membenarkan Dr Subramaniam, yang begitu takut berdepan dengan saya dalam pemilihan, untuk menuntut satu pihak dan menyalahi undang-undang bahawa saya bukan lagi anggota MIC," katanya.

Palanivel berkata beliau akan mengambil tindakan terhadap Dr Subramaniam dan jika perlu, terhadap RoS untuk melindungi kepentingan parti dan lima yang lain termasuk dirinya.

"Saya berharap saya tidak dipaksa untuk melakukannya. Saya tidak akan membenarkan pihak ketiga untuk menentukan hal ehwal dalaman MIC.

"Saya tidak akan membenarkan orang seperti Subra dan kumpulannya untuk mencampuri hal ehwal MIC kepada pihak ketiga untuk kepentingan agenda politik mereka sendiri," katanya.

Tags / Kata Kunci: MIC , RoS

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan