Segera Lakukan Pemeriksaan Jika Alami Gejala Denggi - PM - Berita Semasa | mStar

Segera Lakukan Pemeriksaan Jika Alami Gejala Denggi - PM

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan orang ramai sekali lagi mengenai ancaman denggi dengan menasihatkan mereka yang mengalami gejala demam denggi supaya segera melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital.

Melalui catatan terbaharu dalam laman Twitter dan Facebooknya, perdana menteri berkata menurut laporan Kementerian Kesihatan, bilangan kes denggi kini semakin meningkat.

"Sekiranya anda atau kenalan mengalami gejala denggi, segera ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran untuk rawatan," katanya.

Ini kali ketiga tahun ini, beliau memuatkan peringatan ini dalam Twitternya , yang pertama pada 17 Feb dan kedua pada 5 Mac.

Beliau turut memuatkan satu imej yang memaparkan antara tanda-tanda dan gejala demam denggi seperti sakit kepala, demam panas, sakit di belakang mata, pendarahan ringan (di gusi, hidung atau bawah kulit), sakit badan, ruam kulit, cirit-birit dan muntah-muntah, sebagai panduan.

Dalam tempoh setengah jam beliau memuat naik imej itu dalam Facebook, beliau memperoleh lebih 150 perkongsian (share) dengan 1,120 'likes', manakala lebih 160 'retweets' dibuat dalam Twitter.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dipetik sebagai berkata dalam laporan akhbar pada 12 Jun, bahawa bagi tempoh Januari hingga 6 Jun lepas, sebanyak 144 kematian akibat denggi direkodkan berbanding 72 kes untuk tempoh sama pada 2014.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Perdana Menteri , denggi , Twitter
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan