Pemilihan Umno Ditangguh, Beri Tumpuan Hadapi PRU-14 - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 6:57 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Pemilihan Umno bagi semua peringkat yang dijadualkan pada tahun depan akan ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penangguhan itu dibuat selama 18 bulan bagi peringkat Majlis Tertinggi (MT), bahagian dan cawangan mengikut Fasal 10 perlembagaan parti yang memberi hak kepada MT untuk berbuat demikian.

Menurutnya, ia bertujuan untuk memberi keutamaan terhadap khidmat parti kepada rakyat dengan segala keperluan sama ada di peringkat dasar mahupun akar umbi.

"Ini bagi pengukuhan Umno supaya lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Ini bukan perkara luar biasa kerana sudah pun dilakukan penangguhan pada zaman Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah (bekas Presiden Umno)," katanya pada sidang media selepas mesyuarat MT Umno di Menara Dato' Onn di sini, Jumaat.

Najib berkata, penangguhan itu bukan bermaksud Umno menafikan semangat demokrasi dan keterbukaan tetapi menjelaskan bahawa apabila sampai masanya parti itu akan melakukan pemilihan.

Ditanya tidakkah pengumuman mengenai penangguhan disifatkan terlalu awal, Najib menjelaskan, ia bertujuan untuk memastikan kerja-kerja parti dapat diberikan tumpuan.

"Ini bukan awal, kita tidak mahu mereka merancang sesuatu yang boleh mengalihkan pandangan atau mengeruhkan suasana, sebaliknya kita hendak kerja-kerja parti yang kita arah untuk mereka lakukan.

"Dan ini telah diberi panduan sepertimana yang kita beri kepada setiausaha-setiausaha bahagian umpamanya, mereka dah tahu KPI (petunjuk prestasi utama) yang patut dicapai. Inilah yang patut kita utamakan," katanya.

Selain itu katanya, kaedah pemilihan juga perlu diteliti secara mendalam supaya lebih sesuai dan boleh diguna pakai.

"Kita ada masa yang panjang (tempoh penangguhan) dan akan mendapat pandangan dan pendapat di semua peringkat.

"Ada pendapat-pendapat yang kita terima mengenai kelemahan yang berlaku dalam pemilihan lalu tetapi kita masih tetap dengan prinsip dan semangat demokrasi dalam parti," katanya.

Tags / Kata Kunci: Umno , MT , PRU

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan