NGO India Muslim Bantah Cadangan Had Operasi Kedai Makan

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 5:38 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India Muslim di negeri ini meminta kerajaan agar mengkaji semula cadangan untuk mengehadkan operasi kedai makan sehingga tengah malam sahaja sebagai langkah  membendung gejala sosial.

Wakil NGO yang juga Timbalan Presiden Liga Muslim Pulau Pinang, Shahul  Hameed Syed Mohamed berkata cadangan itu tidak relevan dan tidak berasas kerana kedai makan yang beroperasi 24 jam bukan merupakan punca gejala sosial.

"Kami NGO-NGO India Muslim di negeri ini membantah cadangan itu kerana tiada kajian atau statistik yang menunjukkan kedai makan 24 jam adalah penyebab berlakunya gejala sosial.

"Lagipun restoran-restoran nasi kandar India Muslim 24 jam yang beroperasi ketika ini tidak menjual minuman keras yang merupakan antara faktor utama berlaku gejala sosial ketika ini," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai berkata mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) minggu depan akan membincangkan cadangan untuk mengehadkan waktu operasi kedai makan sehingga pukul 12 tengah malam sebagai langkah membendung gejala sosial.

Shahul Hameed berkata kedai makan terutama restoran nasi kandar yang  beroperasi 24 jam sering dikunjungi masyarakat setempat bersama keluarga untuk menjamu selera dan ia tidak melibatkan aktiviti negatif.

"Selain itu restoran nasi kandar di Pulau Pinang juga merupakan satu warisan dan kegemaran masyarakat dari dalam dan luar negara. Bagi pelancong yang datang ke negeri ini, restoran nasi kandar adalah antara menu paling popular terutama ketika tengah malam hingga awal pagi," katanya.

Presiden Persatuan Iman, Datuk Mohamed Rabi Peer Mohd berkata pihaknya menyarankan agar kerajaan lebih memantau kelab malam dan pusat hiburan yang beroperasi lewat malam hingga awal pagi.

"Tempat-tempat itu merupakan antara punca utama gejala sosial terutama di kalangan remaja kerana mereka mula mengenali rokok dan dadah di situ.

Kerajaan juga perlu memantau kedai serbaneka 24 jam yang turut menjual minuman keras," katanya.

Mohamed Rabi berkata di Pulau Pinang ketika ini terdapat 120 restoran India Islam yang beroperasi 24 jam dan tiada rekod menunjukkan operasi mereka telah meningkatkan masalah gejala sosial.

"Kebanyakan restoran menawarkan perkhidmatan WiFi percuma dan ia memberi kesan positif kepada pengguna terutama di kawasan universiti dan kolej kerana pelajar boleh menggunakannya untuk mencari maklumat pembelajaran mereka," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Kedai Mamak , NGO

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan