Amaran 'Tenggelam': Mat Sabu Ucap Terima Kasih Kepada Hadi

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 8:27 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan memperhalusi teguran mahu pun kecaman terhadapnya berhuhung rancangan penubuhan sebuah parti baharu yang dikatakan akan menggantikan peranan PAS dalam pakatan pembangkang.

Mohamad yang kini mengetuai gerakan yang dikenali sebagai G18 berkata, beliau dan ahli kumpulannya amat mengalu-alukan peringatan dan amaran khususnya daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung rancangan mereka selepas tewas pada pemilihan parti awal bulan ini.

"Sebarang peringatan, teguran dan kecaman...saya dan rakan-rakan akan mengambil kira dan akan bincang secara halus dan terperinci sebelum langkah-langkah seterusnya diambil.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak, daripada Mursyidul Am hinggalah ke bawah yang memberikan peringatan kepada kami dalam hal untuk samada menubuhkan parti yang lain ataupun mengambil langkah-langkah yang lain ke arah mempertahankan Islam dan masyarakatnya dan rakyat Malaysia secara amnya," katanya.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian menerusi kenyataan pada petang Jumaat.

G18 merujuk kepada 18 pemimpin PAS yang tersingkir dalam pemilihan parti itu.

Sebelum ini Hadi memberi amaran bahawa pemimpin dan ahli PAS yang menyertai parti dan pertubuhan lain akan 'tenggelam' bersama parti baharu itu.

Kenyataan Hadi disokong Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan bahawa sejarah membuktikan penubuhan parti serpihan PAS tidak mampu bertahan lama.

Mohd Amar menamakan Parti Melayu Semangat 46 dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) sebagai contoh.


Tags / Kata Kunci: PAS , Pasma , DAP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan