Langkawi Wildlife Park Menang Anugerah Tripadvisor Kali Ketiga

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 2:26 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Buat kali ketiga berturut-turut, Langkawi Wildlife Park memenangi anugerah TripAdvisor, sebuah laman web yang memberi ulasan tentang kandungan berkaitan pelancongan, apabila ia diiktiraf sebagai satu daripada penerima Sijil Kecemerlangan TripAdvisor 2015.

Pengurus Besarnya, Teoh Cheng Kung berkata kejayaan memenangi anugerah global itu meletakkan taman berkenaan sebagai antara destinasi pelancongan yang mendapat ulasan terbaik di Asia.

"Sebelum memenangi anugerah ini, taman ini memenangi Anugerah Sijil Kecemerlangan TripAdvisor 2013 dan Anugerah Tarikan Pilihan Kembara pada tahun lepas... kami bangga dengan pencapaian ini," katanya ketika ditemui pada majlis meraikan 20 anak yatim dan berkeperluan khas pada majlis iftar anjuran taman itu di sini, Khamis malam.

Cheng Kung berkata anugerah itu diraih sebahagian besarnya berdasarkan kepada ulasan oleh pelancong yang mengunjungi taman berkenaan kepada TripAdvisor yang kemudiannya akan membuat cadangan bagi anugerah berdasarkan ulasan berkenaan.

"Kejayaan meraih anugerah ini juga hasil inisiatif semua petugas kami yang berusaha dengan gigih dan saling melengkapi untuk memastikan pengunjung menikmati setiap detik kunjungan mereka di taman ini," katanya.

Langkawi Wildlife Park terletak kira-kira 13 kilometer dari pekan Kuah, dan beroperasi sejak 2002. Ia menempatkan kira-kira 100 spesies haiwan dari seluruh dunia.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Langkawi Wildlife , TripAdvisor

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan