Farah Ann Terima Perutusan Tahniah Daripada Sultan Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 1:48 PM

Farah Ann bersama bapanya Abdul Hadi Ahmad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kurang senang terhadap kritikan yang diberikan kepada gimnas negara Farah Ann Hadi.

Dalam perutusan tahniah kepada Farah, Sultan Sharafuddin bertitah bahawa atlet itu telah membuatkan seluruh Malaysia, termasuk Selangor, berasa bangga.

"Mengkritik pakaian anda harus menjadi perkara terakhir dalam fikiran mereka yang memberi komen negatif di media sosial.

"Mereka perlu meraikan pencapaian anda untuk Malaysia dan Selangor," titah baginda dalam surat yang diserahkan kepada Farah, Jumaat.

Farah, diiringi oleh bapanya Abdul Hadi Ahmad, menerima surat daripada seorang pegawai Istana Selangor.

Beliau dikritik kerana didakwa 'mendedahkan dirinya' selepas memenangi dua pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa di Sukan SEA baru-baru ini.

Farah memakai pakaian jeis leotard yang dipakai oleh semua gimnas wanita.

Sultan Sharafuddin berharap Farah tidak mengambil hati dengan komen-komen orang berfikiran sempit itu dan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang diceburinya.

"Masa depan Malaysia terletak pada generasi muda seperti anda dan rakyat memberikan sokongan untuk kecemerlangan daripada memberi komen negatif.

"Beta pasti kerja keras , dedikasi, keazaman dan latihan panjang ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk mencapai ke tahap yang telah anda capai," titah Sultan Selangor.

Dalam reaksinya, Farah berkata beliau terharu dan dengan rendah diri menerima surat itu.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Sultan Selangor kerana meluangkan masa untuk menulis surat kepada saya," kata beliau.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan