Batu Bersalut 'Emas' Yang Ditemui Di Sabah Adalah 'Emas Tipu' - Ahli Geologi

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 1:12 PM

Penduduk kampung, Benson Borukon bersama batu yang disalut 'emas'.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Semua yang bergemerlapan itu tidak semestinya emas.

Itulah nasihat ahli geologi Profesor Felix Tongkul kepada mereka yang percaya gempa bumi di Gunung Kinabalu baru-baru ini telah 'memuntahkan' emas.


Kecoh di media sosial dengan khabar angin ini dan beliau menasihatkan orang ramai supaya jangan terlalu teruja kerana warna kuning berkilauan yang ditemui tertanam di batuan di sungai Kadamaian sebenarnya adalah tembaga.

"Inilah yang kita panggil 'emas tipu'," katanya yang menjelaskan bahawa bahan itu adalah campuran tembaga dan mineral biasa yang lain.

Juga dikenali sebagai besi pirit (sulfidik), emas tipu ini adalah sejenis mineral berwarna emas yang sering disalah anggap sebagai emas sebenar.

Beliau berkata, disebabkan oleh tanah runtuh besar-besaran di permukaan gunung Kinabalu, bertan-tan granit dan batu serpentine tertinggal di kaki gunung.

"Apabila air mengalir melalui mereka, pelbagai mineral boleh dilepaskan ke dalam sungai," katanya, sambil menambah berkemungkinan juga beberapa mineral yang dikeluarkan boleh menjadi mineral berharga seperti emas, perak atau tembaga.

Katanya dalam tahun 80-an dan awal 90-an, emas didapati bersama-sama dengan tembaga di Mamut Copper Mine.

"Jika anda sangat bernasib baik maka anda mungkin menemui serpihan kecil emas," katanya sambil menambah serpihan emas adalah lebih cenderung untuk ditemui, jika ada.

Beliau berkata emas dan pirit menunjukkan warna yang sama dan sukar untuk dibezakan melainkan oleh pakar-pakar.

Katanya, emas agak lembut berbanding dengan pirit, boleh tercalar dengan pisau dan tidak mempunyai bau manakala pirit memberikan bau seperti telur busuk apabila disapu dengan objek keras.

Beliau bagaimanapun menasihatkan penduduk kampung yang mencari gali emas supaya lebih berhati-hati kerana mereka berdepan ancaman aliran serpihan dari banjir lumpur dari hulu sungai-sungai.

"Masyarakat harus memastikan bahawa kanak-kanak tidak ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan," tegas beliau.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan