Harga Di Bazar Ramadan Dipantau

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 4:22 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Melaka akan terus membuat pemantauan di semua bazar Ramadan di negeri ini bagi mengekang kenaikan harga barangan secara tidak munasabah.

Exco Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Melaka Datuk Lai Meng Chong berkata setakat ini lima lokasi bazar Ramadan di tiga daerah di negeri itu telah diperiksa bagi memastikan setiap peniaga mematuhi undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

"Saya sendiri telah mengunjungi beberapa bazar Ramadan dan mendapati peniaga masih mengekalkan harga munasabah, sehingga kini juga KPDNKK Melaka tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna.

"Kita juga dapati harga barang yang ditawarkan peniaga memuaskan, bagaimanapun pengguna harus berhati-hati ketika membeli, kebersihan dan mutu makanan perlu diutamakan bagi menghindar daripada sebarang penyakit seperti keracunan makanan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak Ramadan Taman Cempaka di sini. Tahun ini Melaka mempunyai kira-kira 50 lokasi Bazar Ramadan yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan seluruh negeri.

Lai berkata peniaga turut diingatkan supaya meletakkan tanda harga ke atas juadah atau barangan yang dijual serta menggunakan alat timbang dan sukat yang ditetapkan.

Beliau berkata jika terdapat peniaga yang menaikkan harga secara tidak munasabah semasa pemantauan dijalankan, pihaknya akan mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada peniaga berkenaan.

"Peniaga juga boleh dikenakan kompaun serta-merta bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan mereka, kita mohon kerjasama semua peniaga supaya mematuhi peraturan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Melaka , Bazar Ramadan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan