Aktiviti Sepanjang Ramadan Mampu Tarik Pelancong Ke Terengganu

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 8:00 AM

Agihan bubur lambuk di pekarangan Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin menjadi tradisi setiap Ramadan. Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan di Terengganu boleh dijadikan tarikan baharu melalui pakej pelancongan Islam yang akan dipromosikan selepas ini, kata Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Terengganu (KPL) Mohd Sabri Zakaria.

Beliau berkata, setiap negeri mempunyai keunikan tersendiri dalam mengimarahkan bulan suci itu dan keistimewaan Terengganu mencakupi semua aspek termasuk penyediaan makanan, aktiviti harian untuk pelancong dan ibadah sepanjang Ramadan.

"Sebagai permulaan, hari ini, kita menganjurkan Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Bubur Lambuk Industri Pelancongan dan Kebudayaan negeri iaitu kerjasama semua agensi-agensi yang terlibat dalam industri pelancongan di Terengganu.

"Kita akan memperluaskan pakej pelancongan ini pada masa akan datang iaitu program berbuka puasa beramai-ramai di Dataran Shahbandar yang diharap mampu melonjakkan lagi sektor pelancongan khususnya pelancong domestik," katanya kepada pemberita di sini.

Sebanyak 1,500 bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai sejak 3.30 petang tadi dan ia adalah aktiviti pertama anjuran KPL bersama agensi dan penggiat industri pelancongan di Terengganu.

Mengulas lanjut Mohd Sabri berkata bulan Ramadan adalah masa yang sesuai untuk pelancong tempatan berkunjung ke Terengganu kerana kebanyakan hotel menawarkan harga promosi yang jauh lebih murah untuk penginapan.

"Mereka mengakui jualan penginapan agak merosot sepanjang Ramadan, sebaliknya fokus diberi untuk meningkatkan jualan buffet berbuka puasa.

"Jadi, pakej pelancongan Islam kelak akan membantu pihak hotel untuk terus mencatat kadar pelancong yang positif sepanjang Ramadan," katanya.

Ia juga selaras dengan hasrat Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang mahu lebih banyak pakej pelancongan Islam yang memberi pendedahan ilmu pengetahuan dan pelaksanaan ibadah diperkenalkan di Terengganu sepanjang Ramadan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Terengganu , pelancong , Ramadan

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan