Aktiviti Pelancongan Lumpuh Akibat Gegaran Susulan

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 3:29 PM

Penjual sayur, Sitina Paidi, 44, di gerai sayurnya di Kundasang.-foto NORMIMIE DIUN/The Star

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Selepas dilanda gempa bumi, perniagaan pelancongan yang selama ini berkembang maju di Kundasang kini terhenti.

Gempa bumi mengejut itu telah membuatkan kerja-kerja pembaikan perlu dilakukan terhadap kebanyakan perniagaan utama dan industri kampung yang bergantung kepada pelancongan.

Hotel dan homestay, sama ada ditutup atau dibuka hampir tanpa penghuni dalam sehari, manakala restoran dan kedai kopi dilihat tiada pelanggan.

Peniaga-peniaga yang terkenal dengan jualan sayur-sayuran tanah tinggi dan bunga hilang sumber pendapatan.

Mereka mendakwa terdapat penurunan keseluruhan sebanyak 70 peratus apabila pelanggan membuat pembatalan terhadap chalet dan resort yang ditempah.

Pengendali Rocky Mountain Lodge di Mesilau, K.M. Liew berkata beliau mengambil keputusan untuk menutup tempatnya sekurang-kurangnya sebulan lagi kerana terpaksa menjalankan kerja-kerja membaiki rumah persinggahan miliknya itu.

"Tetamu yang menempah sehingga Ogos telah membatalkan tempahan mereka. Oleh kerana gempa bumi, kita perlu mengeluarkan wang untuk melakukan pembaikan, pada masa yang sama, masih membayar pekerja walaupun tidak ada perniagaan, "katanya.

Mengharapkan beberapa jenis bantuan daripada kerajaan, beliau berkata kerja-kerja pembaikan rumah persinggahan beliau boleh menelan kos sehingga RM50,000.

"Kami berharap bantuan akan datang. Adalah sukar cuba untuk menampung bil-bil dan kerja-kerja pembaikan, " kata Liew, seperti kebanyakan pengusaha yang masih tidak pasti mengenai masa depan perniagaannya.

Penjual sayur Sitina Padi, 44, berkata perniagaannya telah menurun sebanyak kira-kira 70 peratus dan kebanyakan mereka tidak mempunyai pilihan melainkan meningkatkan harga barangan kerana banyak ladang sayur-sayuran tidak boleh diakses selepas berlakunya banjir lumpur baru-baru ini.

"Kebanyakan pelanggan kami adalah pelancong tetapi kini hanya beberapa orang dari Kota Kinabalu dan Ranau membeli dari sini. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan, "katanya.
Tags / Kata Kunci: KUndasang , mesilau , gempa bumi Sabah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan