Imigresen Sokong Agensi Tunggal Kawal Sempadan

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 8:40 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyokong cadangan penubuhan agensi tunggal bagi mengawal sempadan Malaysia dan bersedia  memberi kerjasama penuh menjayakannya untuk mempertingkatkan pengurusan keselamatan sempadan, kata Ketua Pengarah JIM, Datuk Mustafa Ibrahim.

Beliau berkata agensi tunggal itu diharapkan dapat melahirkan satu prosedur operasi standard (SOP) dan 'command  and  control' yang tidak lagi besifat majmuk atau kepelbagaian arahan yang melonggarkan tindakan pengawalan sempadan.

"Agensi di bawah satu ketua adalah lebih mantap dalam mengambil satu-satu tindakan yang cepat dan tepat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mustafa berkata penubuhan agensi tunggal itu diharap dapat memastikan sempadan negara terkawal dan tidak dibolosi selain dapat menangani jenayah rentas sempadan, penyeludupan barang dan pemerdagangan manusia.

Katanya jabatan itu berpandangan satu perancangan strategik yang rapi perlu digariskan supaya agensi itu dapat memberi fokus dalam mengawal sempadan dengan mengenal pasti kawasan berisiko tinggi dan menjadi sasaran untuk dibolosi.

"Satu sumber maklumat sahaja melalui satu sumber risikan akan membantu agensi tunggal ini mengenal pasti ancaman di sempadan dan tindakan proaktif dapat diambil serta-merta," kata Mustafa.

Beliau berkata pengalaman bertugas pegawai dari agensi masing-masing dapat diperkasakan dalam tugas mereka di agensi tunggal itu.

Mustafa berkata JIM akan meneruskan tugas hakiki dengan menjaga pintu masuk sempadan yang diwartakan tanpa kompromi.

Pada masa sama, katanya Jabatan Imigresen akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk membantu agensi berkenaan dalam hal kawalan sempadan mengikut skop bidang tugas imigresen bersama badan penguat kuasa yang lain.

Mustafa berkata Jabatan Imigresen menyokong saranan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menubuhkan agensi tunggal mengawal sempadan negara, yang bertepatan dengan keperluan semasa dan memantapkan kawalan keselamatan sempadan.

Tags / Kata Kunci: CIQ , Sempadan , Imigresen

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan