Tindakan Terhadap Sarawak Report: Kerajaan Tunggu Laporan Rasmi

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 8:21 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menunggu laporan daripada pihak berkuasa Thailand terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap blog, Sarawak Report mengenai emel yang didakwanya mempunyai bukti perjanjian antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak mahu mendahului laporan rasmi daripada pihak berkuasa Thailand berhubung isu berkenaan.

"Kerajaan Thailand menerusi polis mereka akan memaklumkan kepada polis Malaysia sedikit masa lagi.

"Kalau kita dapat tahu apa-apa pengakuan yang dibuat dan bukti yang jelas dikemukakan oleh kerajaan Thailand, maka kita akan membuat keputusan yang sewajarnya nanti," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di sini, Jumaat.

Pada Rabu lalu, sebuah akhbar Thailand melaporkan polis Thailand telah menahan bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo dan mendakwa atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan.

Dilaporkan, siasatan awal mendapati Justo bertanggungjawab memberi maklumat yang salah kepada Sarawak Report.

Najib berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sedang menunggu laporan yang bakal diterima daripada kerajaan Thailand melalui pihak polis di negara jiran itu.

"Apapun kita tunggu laporan dan pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Thailand," katanya.

Tags / Kata Kunci: Sarawak Report , PetroSaudi , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan