Tiada Pasukan Pantau Porno Kanak-Kanak

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 8:53 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mempunyai pasukan khas untuk memantau laman web yang mengandungi pornografi kanak-kanak.

Keadaan masih sama walaupun pasukan pemantau Internet di Britain mencatatkan sebanyak 218 laporan domain atau URL yang mengandungi pornografi kanak-kanak yang berpusat di Malaysia sejak 1999.

Setakat ini, hanya 46 laporan yang dibuat oleh Internet Watch Foundation di ambil tindakan.

Selain itu menurut SKMM, sebanyak 43 laman web yang mengandungi pornografi kanak-kanak telah disekat.

Dalam pada itu, kumpulan perlindungan kanak-kanak berkata, di bawah peruntukan undang-undang Kanun Keseksaan, memiliki bahan lucah adalah satu jenayah namun melihat dan menonton kandungan lucah dari laman web adalah tidak salah.

Suruhanjaya itu berkata, pihaknya kini menyekat akses ke kandungan lucah, termasuk pornografi kanak-kanak, dengan kerjasama Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai.

"Setakat ini SKMM dengan kerjasama polis dan Interpol Malaysia, telah menyekat akses kepada 43 kanak-kanak web pornografi yang berkaitan," katanya dalam satu temu bual.

Semua tindakan yang diambil selepas menerima aduan orang ramai.

Walau bagaimanapun suruhanjaya itu sedang menjalankan kajian semula terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, termasuk mengkaji mekanisme yang berkesan untuk menangani kandungan lucah.

Pengurus hotline yayasan itu, Chris Hughes berkata kali terakhir tindakan diambil melibatkan penyingkiran kandungan atau laman web lucah adalah pada 2011.

"Malaysia mencatat jumlah yang rendah berbanding negara-negara lain. Namun ia tidak boleh dianggap bahawa kandungan pornografi kanak-kanak tidak wujud," kata kenyataan itu lagi.

Tags / Kata Kunci: SKMM , Web Lucah , Pornografi Kanak-Kanak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan