Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Mulai 1 Julai

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 10:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada kenaikan tarif elektrik bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2015.

Pengekalan tarif elektrik di dalam tempoh semakan ketidakseimbangan pelepasan kos bahan api (ICPT) itu telah dibuat oleh jemaah menteri dalam mesyuaratnya pada Rabu, demikian menurut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam kenyataan media pada Khamis.

Berikutan ini, rebat ICPT sebanyak 2.25 sen/kWj bagi Semenanjung Malaysia dan penurunan purata kadar tarif sebanyak 1.20 sen/kWj bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dikekalkan bagi tempoh tersebut.

Keputusan ini meliputi semua kategori pengguna kecuali pengguna domestik dalam lingkungan penggunaan 300/kWj dan ke bawah yang tidak terlibat dengan kenaikan tarif terakhir pada 1 Januari 2014.

Pada masa yang sama, selaras dengan langkah rasionalisasi subsidi tenaga oleh kerajaan, harga gas asli berpaip di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak RM1.50/MMBtu iaitu daripada RM15.20/MMBtu kepada RM16.70/MMBtu berkuat kuasa mulai 1 Julai 2015.

Namun, kenaikan harga bahan api ini tidak akan memberi kesan ke atas tarif elektrik dan pemberian rebat ini dapat diteruskan dengan adanya penjimatan ICPT bagi tempoh Januari hingga Jun 2015 sebanyak RM1.085.67 juta.

Jumlah ini termasuk penjimatan sebanyak RM300 juta hasil rundingan semula Perjanjian Pembelian Tenaga dengan penjana kuasa bebas (IPP) generasi pertama.

Mekanisme ICPT dilaksanakan sejak 1 Januari 2014 di Semenanjung Malaysia, dan membolehkan kadar tarif elektrik disemak setiap enam bulan dengan mengambil kira perubahan harga gas asli berpaip, gas asli cecair, arang batu, minyak bahan api sederhana dan sulingan.

Antara kos penjanaan lain yang diambil kira adalah kos yang berkaitan dengan PPA, "displaced cost" daripada tenaga boleh baharui dan kos pembelian tenaga elektrik daripada negara luar.

Penjimatan ICPT juga didorong oleh hasil peningkatan penggunaan arang batu yang harganya secara relatif lebih rendah berbanding bahan api lain iaitu gas asli berpaip dan LNG, peningkatan kecekapan loji-loji janakuasa arang batu dan penurunan permintaan unit elektrik dari awal hingga pertengahan tahun 2015.

Pelaksanaan mekanisme ICPT tidak akan memberi kesan kepada operasi perniagaan serta kedudukan kewangan Tenaga Nasional Bhd.

Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, keputusan adalah untuk  mengekalkan subsidi tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj bagi semua kategori pengguna kecuali pengguna domestik dalam lingkungan penggunaan 300/kWj dan ke bawah yang tidak terlibat dengan kenaikan tarif elektrik terakhir pada 1 Januari 2014.

Mekanisme ICPT tidak dilaksanakan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan pemberian subsidi bahan api dan subsidi sokongan tarif elektrik yang dianggarkan berjumlah RM685 juta bagi tahun ini bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dikekalkan.

Pelaksanaan ini juga dijangka tidak akan memberi kesan kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Bagi Sarawak, industri bekalan elektrik, termasuk isu-isu berkaitan tarif elektrik, tidak dikawal selia oleh KeTTHA mengikut Seksyen 1(2), Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).

Tags / Kata Kunci: tarif elektrik

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan