Subra Minta Semua Ahli Terima Keputusan RoS

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 11:05 PM

Dr S Subramaniam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemangku Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam menggesa semua ahli parti itu supaya menerima keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung pemilihan semula parti itu.

Beliau berkata semua ahli dan pemimpin parti termasuk Datuk Seri G Palanivel perlu menerima keputusan RoS dan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim 2009 untuk menyelesaikan krisis parti itu.

"Saya harap semua ahli akan menerima keadaan semasa parti ini dan saya akan melakukan bahagian saya seperti diarah oleh RoS," katanya.

Dr Subramaniam berkata, RoS dalam surat kepada CWC 2009 menyatakan presiden Palanivel telah hilang keanggotaan mengikut Artikel 91 Perlembagaan MIC.

Menurut surat itu, katanya, RoS turut mengiktiraf beliau sebagai pemangku presiden untuk menerajui CWC 2009 bagi mengendalikan proses pemilihan semula parti itu.

Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, berjanji akan memastikan proses pemilihan semula parti itu berjalan lancar mengikut peraturan.

Beliau berkata proses pemilihan semula parti akan bermula bulan depan dengan pemilihan ketua cawangan.

Pencalonan untuk ketua cawangan akan diadakan pada 10 hingga 12 Julai ini diikuti pemilihan cawangan, seminggu kemudian, katanya.

Beliau berharap semua proses pemilihan semula untuk semua jawatan dijangka selesai menjelang Oktober ini.

Ditanya kedudukan terkini Palanivel, Dr Subramaniam berkata: "Semua yang berlaku adalah mengikut undang-undang dan tiada sebarang perasaan cemburu atau masalah peribadi.

"Sementara itu, sekutu Palanivel, Datuk S. Sothinathan berkata pihaknya mempunyai hak untuk menuntut keadilan terhadap keputusan RoS.

"Kami akan menuntut keadilan daripada mahkamah. Jika perlu, kami akan mencabar keputusan ini di Mahkamah Persekutuan. Kami tetap tidak akan berdiam diri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tergempar CWC 2009 yang dipanggil oleh Palanivel di sebuah hotel di Putrajaya, Khamis.

Di ALOR SETAR, anggota CWC, P. Kamalanathan berharap Palanivel akan menerima keputusan RoS itu dengan hati terbuka dan tidak mengganggu parti itu.

Beliau berkata keputusan RoS itu merupakan permulaan transformasi dalam parti MIC dan yakin semua ahli akan memberi kerjasama.

Kamalanathan, yang juga timbalan menteri pendidikan, berkata beliau telah menerima banyak panggilan daripada ketua-ketua cawangan yang menyatakan rasa lega dengan keputusan RoS.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis berbuka puasa Jabatan Pendidikan Kedah di sini.

Krisis MIC tercetus berikutan perbezaan pendapat antara Palanivel dan Dr Subramaniam selepas RoS mengeluarkan notis pada 5 Disember lepas meminta parti itu mengadakan pemilihan semula untuk tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota CWC.

RoS telah membatalkan pemilihan parti itu pada November 2013 selepas menerima aduan mengenai penyelewengan dalam proses pemilihan.
Tags / Kata Kunci: MIC , Dr S Subramaniam , G Palanivel , RoS

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan