Tanda Salib Di Bangunan Sekolah Kekal

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 10:53 AM

Pekeliling 1/2013 jelas membenarkan pihak sekolah meneruskan budaya dan ciri-ciri sekolah mubaligh.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Salib pada bangunan baharu di Sekolah Kebangsaan St Mary Labuk di Sandakan akan dikekalkan selepas Kementerian Pendidikan campur tangan bagi menghentikan rancangan kumpulan tertentu di sekolah itu untuk menurunkannya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching mengarahkan Pengarah Pendidikan Sabah untuk mematuhi Pekeliling 1/2013 yang jelas membenarkan pihak sekolah meneruskan budaya dan ciri-ciri sekolah mubaligh.

Ketua Penerangan Upko, Albert Bingkasan berkata, berikutan campur tangan Yap pada Selasa lalu, isu mengenai usaha pihak yang ingin menurunkan tanda salib di sekolah itu dianggap selesai.

Isu ini timbul apabila guru besar dan pihak pengurusan sekolah diberi tekanan oleh sebilangan guru dan ibu bapa yang mahu tanda salib di bangunan sekolah itu diturunkan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan