'Saya Masih Ahli MIC, Tiada Surat Daripada RoS - Palanivel

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 8:36 PM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel menafikan bahawa beliau dilucutkan keahliannya.

Jelas Palanivel, beliau tidak menerima apa-apa maklumat daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung isu tersebut.

"Berita ini belum disahkan. Saya tidak menerima surat berhubung perkara itu daripada RoS.

"Jika benar, kami akan berurusan dengan mereka nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat (CWC)  di sini Khamis.

Terdahulu, pesaingnya, Datuk Seri Dr S Subramaniam mendakwa RoS mengisytiharkan Palanivel bukan lagi ahli MIC.

Menurut Subramaniam,  RoS menyampaikan berita itu menerusi surat yang dihantar kepada jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC penggal 2009.

“RoS dalam surat yang dialamatkan kepada CWC 2009 pada Rabu mengesahkan yang Datuk Seri G Palanivel bukan lagi ahli MIC mengikut Artikel 91 perlembagaan parti.

“RoS juga mengiktiraf akibat pengesahan itu Datuk Seri Dr Subramaniam akan bertindak atas kapasiti pemangku presiden memimpin CWC 2009 untuk menjalankan pemilihan semula MIC seperti yang diputuskan oleh RoS,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Pada minggu lalu, Dr Subramaniam mengumumkan pemilihan semula di peringkat cawangan akan diadakan pada bulan depan dan semua proses pemilihan semua peringkat akan diselesaikan pada Oktober.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan