Penstrukturan Semula Air Selangor-Kerajaan Persekutuan Akan Dimuktamadkan: Azmin

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 9:51 PM

Mohamed Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perjanjian penstrukturan semula industri bekalan air Selangor dengan kerajaan Persekutuan akan dimuktamadkan, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Ketika ditemui di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) pada Khamis, Azmin berkata beliau bergegas untuk bertemu Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

"Saya akan bertemu dengan menteri sekarang bagi memuktamadkan beberapa peruntukan dalam perjanjian itu," kata Azmin sambil menambah ia akan ditandatangani tidak lama lagi.

Perjanjian itu masih tertangguh walaupun perjanjian induk telah ditandatangani pada tahun lepas semasa dibawah pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini disebabkan beberapa perbezaan pendapat termasuk pemilihan dua loji rawatan air.

Pada Rabu, syarikat berkaitan kerajaan Selangor, Kumpulan Perangsang Sdn Bhd yang memiliki satu daripada empat syarikat pemegang konsesi, Konsortium Abbas Sdn Bhd menggesa Azmin untuk memuktamadkan perjanjian itu dengan segera.

Menurut pengerusinya, Datuk Raja Idris Raja Kamarudin, syarikat konsesi air itu menanggung hutang terkumpul berjumlah RM1 bilion.

Beliau berkata, proses penyusunan semula membolehkan syarikat induk itu iaitu Perangsang untuk menyelaras dan menyelesaikan jumlah hutang tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan