"Lebih Mudah, Selamat" - Pemohon Pasport Pertama Guna Kad Kredit

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 7:10 AM

Nur Adibah (kiri) bersama suami, Azinuddin dan anak lelaki, Muhammad Ziyad memegang pasport masing-masing.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemohon pasport antarabangsa Malaysia pertama menggunakan kad kredit menyifatkan pelaksanaan kaedah pembayaran baharu itu memudahkan urusan pelanggan.

Nur Adibah Rahmat, 28, yang berkongsi pengalamannya berkata, kehadirannya di kaunter imigresen bertujuan untuk memperbaharui pasportnya bagi melakukan tugasan luar di Singapura dan dimaklumkan bahawa pembayaran kini boleh dibuat menggunakan kad kredit.

Anak kelahiran Johor Bahru ini menyambut baik pelaksanaan baharu itu sambil berpendapat bahawa orang ramai tidak perlu lagi membawa wang yang banyak untuk membuat urusan di kaunter imigresen.

"Ia kini lebih memudahkan orang ramai sekiranya melibatkan jumlah bayaran yang besar terutama permohonan yang dibuat secara berkumpulan.

"Sebagai contoh kalau caj untuk memohon satu pasport adalah RM200 atau RM100, bayangkan kalau yang datang memohon itu satu keluarga dengan suami, isteri, bapa, ibu, anak atau adik-beradik, maka sudah tentu lebih mudah kalau pembayaran dibuat menggunakan kad kredit," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Nur Adibah mencatatkan sejarah sebagai pemohon pasport pertama menggunakan kad kredit.

Nur Adibah mencatatkan sejarah sebagai pemohon pasport pertama yang menggunakan membuat pembayaran menggunakan kad kredit pada pukul 4 petang Selasa di pejabat pasport di Menara Ikhlas, Presint 3, Putrajaya.

Nur Adibah Rahmat bagaimanapun berkata, diharapkan pembayaran menggunakan kad kredit dijadikan sebagai pilihan kerana bukan semua mempunyai kemudahan perbankan itu terutama warga emas dan mereka yang tinggal di luar bandar.

"Pelaksanaan baharu ini dilihat sebagai mesra pengguna kerana memberi kepelbagaian kaedah pembayaran kepada orang ramai untuk berurusan di kaunter imigresen," kata Nur Adibah yang turut membuat permohonan pasport bersama suaminya, Azinuddin Aziz, 28, dan anak lelakinya, Muhammad Ziyad, dua tahun.

Pada Selasa, mStar Online melaporkan selepas ini orang ramai tidak lagi perlu membawa wang tunai untuk menjelaskan fi pasport antarabangsa Malaysia kerana proses itu bakal melalui transformasi menerusi penggunaan kad kredit.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, kaedah pembayaran menggunakan kad kredit itu bertujuan untuk memudahkan pemohon selain mengurangkan transaksi wang tunai di kaunter imigresen.

Kaedah pembayaran menggunakan kad kredit itu akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, Putrajaya sebelum diperluaskan ke semua perkhidmatan di kaunter imigresen seluruh negara.

Tee Joo Tong (kiri) dan Hii Yiik Yew selepas membuat permohonan pasport di pejabat pasport di Menara Ikhlas, Presint 3, Putrajaya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Hii Yiik Yew dari Sabah berkata, kemudahan pembayaran baharu itu sememangnya memberi keselesaan kepada orang ramai seiring dengan perkembangan semasa.

Justeru, dia berharap pelaksanaan baharu itu akan menjadikan perkhidmatan imigresen yang lebih baik pada masa akan datang.

"Walaupun pelaksanaan pembayaran kad kredit memudahkan pelanggan namun Jabatan Imigresen perlu juga mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan," katanya.

Rakan kepada Hii, Tee Joo Tong pula berkata, pelaksanaan baharu itu akan memudahkan urusannya di kaunter imigresen dan berhasrat membuat pembayaran menggunakan kad kredit pada masa akan datang.

Kadar bayaran bagi permohonan pasport antarabangsa Malaysia bagi warga berumur 13 hingga 59 tahun untuk tempoh lima tahun adalah RM200, manakala bayaran bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah serta jemaah haji termasuk pelajar yang mengikuti program ijazah di luar negara bagi pemohon berumur 21 dan ke bawah ialah RM100.
Permohonan pasport bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah percuma.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan