1MDB: PAC Teruskan Siasatan

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 9:27 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan dipengaruhi oleh penangkapan seorang bekas pekerja PetroSaudi International - sekurang-kurangnya untuk masa ini.

"Siasatan PAC terhadap 1MDB akan diteruskan seperti yang dirancang. Siasatan kami adalah berkaitan tadbir urus organisasi dan isu-isu kemungkinan wujudnya salah laku," kata Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed ketika dihubungi.

Beliau berkata penangkapan Xavier Justo dan dokumen yang dikatakan dikeluarkan olehnya juga tidak akan menjejaskan siasatan jawatankuasa itu.

Nur Jazlan, yang kini berada di luar negara berkata, jawatankuasa itu akan menapis maklumat dan bukti yang dikumpul semasa pendengarannya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw menyuarakan sentimen sama berkata, penangkapan Justo adalah "isu antara PetroSaudi dan bekas kakitangan".

"Dia tidak bekerja dengan Kementerian Kewangan, yang memiliki 1MDB," katanya.

Dr Tan berkata, jawatankuasa yang dianggotai kerajaan dan pembangkang itu memberi tumpuan kepada urusan dan transaksi secara keseluruhan 1MDB dan tidak terhad kepada perjanjian PetroSaudi itu.

"Kebimbangan kami adalah apa yang dinyatakan oleh rakyat kerana ia membabitkan sejumlah besar dana awam.

"Di mana 1MDB mendapatkan wang, bagaimana ianya dibelanjakan dan di mana wang itu sekarang?," soalnya sambil menambah bahawa PAC bertanggungjawab kepada Parlimen.

Nur Jazlan dan Dr Tan telah diminta mengulas mengenai dokumen-dokumen yang dibocorkan oleh Justo seperti yang dilaporkan portal dalam talian Sarawak Report.

Justo ditangkap di rumahnya di Thailand pada Isnin dan didakwa cuba memeras ugut bekas majikannya.

Setakat ini PAC telah memanggil juruaudit 1MDB Deloitte dan KPMG untuk memberi keterangan.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , PAC

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan