KTM Komuter Laksana Perubahan Jadual Perjalanan

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 9:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada Khamis mengumumkan perubahan jadual bagi perkhidmatan KTM Komuter bermula 1 Julai ini.

Presidennya Lt Kol (B) Sarbini Tijan berkata bagi sektor Rawang - Tanjung Malim, kekerapan tren dari pukul 5 petang hingga 9 malam adalah pada setiap 30 minit dan 40 minit untuk tren terakhir pada setiap hari.

Manakala bagi sektor Rawang - Sungai Gadut, kekerapan tren selepas pukul 8 malam adalah pada setiap 30 minit dan 40 minit untuk tren terakhir setiap hari.

"Sementara bagi sektor Rawang - Sungai Gadut, dan Pelabuhan Klang - Batu Caves untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, kekerapan tren dari pukul 11 pagi hingga 8 malam adalah pada setiap 20 minit," katanya selepas mengagihkan 3,000 pek berbuka puasa kepada para penumpang KTM di Stesen KL Sentral di sini, Khamis.

Beliau berkata perubahan jadual berkenaan berikutan penjadualan semula semua waktu perkhidmatan tren KTM Antarabandar dan Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) serta persediaan untuk kerja-kerja menaik taraf landasan di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, beliau menasihati penumpang supaya melayari laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862. 

Pengguna juga boleh menghantar emel di alamat komuter4U@ktmb.com.my atau melayari Twitter@KTMKomuter.


Tags / Kata Kunci: KTM Komuter , jadual perjalanan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan