Bocor Maklumat 1MDB, Justo Akan Dihantar Pulang

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 10:31 PM

Justo ditahan di sebuah rumah di Koh Samui atas dakwaan membocorkan maklumat kepada Sarawak Report mengenai 1MDB.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), Xavier Andre Justo akan dihantar pulang sebaik sahaja polis melengkapkan siasatan, menurut sebuah laporan.

Pada Rabu, The Nation melaporkan warganegara Switzerland itu masih dalam tahanan reman sementara menunggu siasatan dan selepas itu baharulah dia akan dihantar pulang.

Penahanan Justo dikaitkan dengan kebocoran e-mel membabitkan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Khamis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, pihak itu akan membantu pihak berkuasa dalam siasatan berkaitan kebocoran e-mel PetroSaudi dan 1MDB.

Beliau berkata tindakan perlu diambil kerana terdapat media yang tidak bertanggungjawab, terutamanya media sosial dan blog yang penerbitan mereka menimbulkan kemarahan dan syak wasangka terhadap kerajaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut memberi jaminan bahawa Malaysia bersedia untuk membantu polis Thai dalam menyiasat Justo.

Beliau berkata siasatan awal mendapati Justo bertanggungjawab memberikan maklumat salah kepada blog Sarawak Report.

Katanya, blog tersebut menjadi sumber maklumat palsu dan artikelnya mengenai 1MDB kemudiannya dipetik The Edge dan media lain.

Pada Rabu, sebuah akhbar Thailand, Bangkok Post melaporkan bahawa polis Thailand telah menahan Justo, 49, dan mendakwa warganegara Switzerland itu atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Pumpunmuang berkata, pihaknya turut menggeledah kediaman Xavier Justo dan merampas sebuah komputer serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam jenayah itu.

Katanya, Xavier Justo merupakan eksekutif di PetroSaudi, sebelum melarikan diri ke Thailand.

Justo ditahan di sebuah rumah di Koh Samui pada Isnin atas dakwaan membocorkan maklumat kepada Sarawak Report mengenai 1MDB.

Namun, dia menafikan dakwaan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Xavier Andre Justo , PetroSaudi , 1MDB

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan