'Jalan Keluar' Bagi Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 10:20 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Ahmad Rejab diisytiharkan muflis selepas gagal dalam perniagaannya beberapa tahun yang lalu dan beliau dihalang daripada meninggalkan negara ini.

Tetapi beliau menyelinap ke Singapura untuk bekerja di tapak pembinaan dengan melalui laluan yang memintas Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ).

Lelaki berusia 42 tahun itu bukan satu-satunya rakyat Malaysia yang menggunakan cara ini.

Mereka memintas CIQ secara harian dan menceroboh sekurang-kurangnya dua kawasan untuk masuk ke republik itu.

Jalan yang mereka gunakan melalui landasan kereta api di sebelah Tambak Johor, tapak pembinaan sebelum menuju CIQ Singapura.

Perkara ini sudah lama berlaku kerana laluan sepanjang 300 meter itu juga digunakan oleh orang yang mahu mengelak daripada kesesakan awal pagi di CIQ Johor setiap hari.

Pengguna lain yang hanya mahu dikenali sebagai Gavin berkata, laluan itu hanya mengambil masa selama 15 hingga 20 minit untuk berjalan kaki ke CIQ Singapura selepas meninggalkan Johor.

Sebaliknya ia kadang-kadang mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk melalui imigresen melalui CIQ Johor sebelum menaiki bas ke Singapura, kata lelaki berusia lingkungan 20an itu.

"Banyak orang menggunakan cara ini, ia lebih cepat. Wanita juga menggunakannya," katanya.

Gavin berkata laluan yang digunakannya akan melalui tapak pembinaan yang dikendalikan oleh pemaju yang berpangkalan di China dan bersama-sama beberapa paip air besar.

Beliau berkata keselamatan adalah longgar di kawasan itu dan tidak ada pengawal.

Beliau juga menyedari wujudnya risiko yang berbeza apabila melalui kawasan itu.

"Saya amat berhati-hati kerana beberapa orang telah dirompak di sepanjang laluan ini pada waktu malam, mungkin oleh penagih dadah.

"Dan saya hanya menggunakan cara ini jika saya lewat untuk pergi bekerja," katanya.

Apa yang turut membantu Ahmad, Gavin dan ramai lagi rakyat Malaysia menyelinap ke seberang sempadan ialah pangkalan data pihak berkuasa imigresen Malaysia dan Singapura tidak dihubungkan.

Sejak Malaysia menggunakan pasport elektronik yang tidak perlu dicop, pegawai Imigresen Singapura tidak menyedari jika pemegangnya memintas CIQ Johor.

Tinjauan The Star menunjukkan bahawa pagar berhampiran sempadan telah dipotong dan sebahagian laluan itu adalah tersembunyi.

Tags / Kata Kunci: CIQ Johor

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan