Gunung Kinabalu Dibuka Semula Untuk Pendaki September Ini

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 8:54 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata kerajaan negeri itu berharap untuk membuka semula Gunung Kinabalu kepada pendaki pada September ini.

Namun, bilangan pendaki akan dihadkan kepada kurang daripada 100 orang untuk tujuan keselamatan.

Masidi berkata, gunung tersebut ditutup untuk pendaki sejak 5 Jun lalu berikutan gempa bumi.

Pendaki hanya akan dibenarkan untuk mendaki gunung tersebut sebaik sahaja kerja pemulihan selesai.

"Namun, kami akan mengurangkan bilangan pendaki kepada separuh berbanding sebelum ini (kira-kira 192 ke 90 setiap perjalanan) kerana keselamatan pendaki adalah menjadi keutamaan.

"Kami tidak mahu mengambil risiko dengan mengekalkan bilangan pendaki seperti sebelum ini

"Kerja pemulihan di laluan mendaki, dengan bantuan kepakaran teknikal sedang dilakukan dan kami berharap agar ia siap menjelang awal September.

"Gempa susulan terus berlaku dan sehingga Rabu, 91 gempa susulan direkodkan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada mangsa gempa bumi.

Pada 5 Jun lalu, gempa bumi berukuran 5.9 magnitud menggegar kawasan pergunungan tersebut menyebabkan 18 nyawa terkorban.

Terdahulu, dalam majlis yang dianjurkan Majlis Keselamatan Negara, Masidi menyerahkan bantuan sebanyak RM2,000 setiap seorang kepada 90 mangsa yang terlibat dalam insiden itu di Kundasang.

Bagi anda yang ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai kerja pemulihan Gunung Kinabalu sila layari laman web www.sabahparks.org.my.


Tags / Kata Kunci: Gunung Kinabalu , pendaki

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan