Cuepacs Bantah Beku Pengambilan Kakitangan Awam

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 11:02 PM

azih
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan menghantar memorandum bantahan terhadap cadangan pembekuan pengambilan kakitangan dan pewujudan jawatan baharu dalam sektor awam dalam masa terdekat.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata tindakan itu perlu kerana cadangan kerajaan itu dikhuatiri akan memberi kesan besar terhadap graduan universiti yang baharu menamatkan pelajaran selain menambah masalah kekurangan kakitangan yang berkhidmat dalam sesuatu sektor.

"Penjawat awam di negara ini tidak seperti negara-negara lain yang mengkelaskan perkhidmatan wajib iaitu pendidikan, tentera, polis dan kesihatan di luar sektor awam.

"Di negara ini, kita campur semua sekali, sebab itu dilihat ramai. Tetapi (hakikatnya) kalau kita pergi sesuatu tempat (sektor perkhidmatan awam), ada yang mengadu, sana tak cukup kakitangan, sini tak cukup kakitangan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kongres Cuepacs di sini, Khamis.

Azih berkata jumlah penjawat awam di negara ini hanya kira-kira 500,000 sahaja.

Kerajaan sebelum ini telah mengeluarkan arahan pembekuan pengambilan kakitangan dan pewujudan jawatan baharu bagi semua kementerian, jabatan dan agensi berkuat kuasa 22 April lepas.

Bagaimanapun, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam sebelum ini dilaporkan berkata jawatan kritikal dalam kerajaan masih terbuka kepada pengambilan baharu.

Dalam pada itu, Azih turut mengulangi gesaan supaya kerajaan mempercepat penambahbaikan terhadap 252 skim perkhidmatan awam seperti yang diluluskan dalam Bajet 2015.

Kerajaan katanya diharap segera mempertimbangkan skim itu bagi memastikan ia tidak melewati Bajet 2016 yang dijangka dibentangkan pada Oktober tahun ini.

"Kalau dimasukkan perbentangan bajet akan datang, bermakna ia untuk tahun 2016, sedangkan kami nakkan pelaksanaan penambahbaikan kepada 252 skim ini dikuat kuasa mulai Januari 2015.

"Kami bimbang kerana ramai penjawat awam yang mungkin bersara tanpa merasai perubahan dalam skim perkhidmatan mereka," katanya.

Beliau berkata antara kandungan 252 skim tersebut adalah berkaitan kemajuan kerjaya dan pembangunan dalam skim perkhidmatan yang antara lain menetapkan bahawa tidak ada lagi gaji di bawah paras kemiskinan.

Tags / Kata Kunci: Cuepacs

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan