Urusniaga Pembelian Hartanah Melbourne Ikut Prosedur - Annuar Musa

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2015 1:10 PM

Pembelian Dudley International House di Melbourne menimbulkan kontroversi kerana didakwa wujud unsur rasuah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa menegaskan urusniaga pembelian sebuah blok pangsapuri di Melbourne, Australia yang dikendalikan anak syarikatnya, Mara Incorporated (Mara Inc) dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Malah, urusniaga tersebut mendapat kelulusan Majlis Ekonomi.

"Urusniaga tersebut bermula pada 2012 dan diluluskan Mara Inc pada akhir 2012 dan dibawa ke Majlis Mara untuk kelulusan pada Mac 2013.

"Seterusnya ia dibawa untuk kelulusan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, sebelum ke Majlis Ekonomi untuk kelulusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas berkenaan dakwaan wujudnya unsur rasuah dalam urusniaga pemilikan hartanah Mara di Australia seperti yang dilaporkan akhbar The Age.

Annuar berkata, pembelian blok pangsapuri itu dibuat berasaskan penilaian oleh syarikat penilai (hartanah) profesional.

"Di peringkat Mara urusniaga pembelian dilakukan mengikut proses yang ditetapkan. Sudah tentu pembelian berasaskan penilaian oleh penilai profesional," katanya.

Namun, Annuar menafikan dakwaan bahawa blok apartmen tersebut dibeli pada harga 'terlebih bayar'.

"Saya tidak mengetahui mengenai harga 'terlebih bayar' itu sehingga ia didedahkan akhbar The Age.

"Maklumat yang diberi kepada saya ialah kami membeli berdasarkan harga pasaran yang dinilai oleh syarikat penilai hartanah antarabangsa dengan nilai harga pasaran," katanya.

Beliau berkata, dakwaan tersebut perlu disiasat dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap individu terlibat.

"Kita akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang," katanya.


Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , The Age , Melbourne

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan