Tidak Letak Tanda Harga, Peniaga Bazar Ramadan Terima Notis KPDNKK

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Peniaga bazar Ramadan di Kinarut, Papar yang tidak meletakkan tanda harga pada jualan masing-masing telah diberi notis peringatan oleh pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Sabah, Selasa.

Pengarah Penguat kuasa KPDNKK negeri Severinus Tukah berkata sebanyak 42 notis dikeluarkan berikutan pemeriksaan pegawai penguat kuasa mendapati ramai peniaga gagal mematuhi peraturan.

"Hanya 40 peratus peniaga meletakkan tanda harga pada makanan dan minuman jualan mereka," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Rabu.

Sementara itu, beliau berkata pada Isnin lalu, KPDNKK turut menjalankan pemeriksaan ke atas 69 buah gerai bazar Ramadan di Padang Bandaran Keningau.

Bagaimanapun, katanya, tidak ada notis dikeluarkan.

Severinus menasihatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang ditetapkan dengan meletakkan tanda harga pada setiap makanan dan minuman yang dijual.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Ramadan , bazar , KPDNKK , notis

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan