Pelan Tindakan Perpaduan Nasional Dibentang Di Kabinet Minggu Depan

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2015 11:25 PM

Tan Sri Joseph Kurup

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Perpaduan Nasional yang sudah disiapkan oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Negara akan dibentangkan kepada Kabinet minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau berkata, pelan tindakan berkenaan menggariskan strategi-strategi yang telah disusun dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) berhubung perpaduan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Bagi membawa perpaduan ke aras yang baharu, kerajaan akan memastikan pelan tindakan ini akan menjadi teras kepada semua dasar sedia ada ataupun dasar baharu yang akan diperkenalkan pada masa hadapan," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama media di sini Rabu.

Sehubungan itu, Kurup meminta pihak media untuk membantu inisiatif Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi menjayakan strategi-strategi yang disusun dalam RMK-11 dan Pelan Tindakan Perpaduan Nasional.


"Saya harap agar media juga dapat memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan dalam usaha membentuk masyarakat yang bersatu padu, hormat-menghormati, bertoleransi serta mengamalkan konsep kesederhanaan seperti yang dihasratkan  Perdana Menteri," katanya.

Tambah beliau, kerjasama di antara JPNIN dan pihak media akan terus diperkukuhkan bagi memastikan segala usaha JPNIN dalam memupuk perpaduan dapat disampaikan dengan jelas, telus dan meluas bagi memberi sepenuh pendedahan dan manfaat kepada rakyat.
Tags / Kata Kunci: Tan Sri Joseph Kurup , RMK-11

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan