MH370: Sebuah Kapal Henti Pencarian, Dua Lagi Tangguh Untuk Isi Bekalan

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2015 6:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga buah kapal yang ketika ini terlibat dalam fasa satu operasi mencari pesawat MH370 yang hilang telah beredar dari lokasi pencarian di Lautan Hindi, tetapi dua daripadanya akan kembali semula.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia, yang menyelia operasi mencari itu, berkata GO Phoenix menghentikan operasi di laut dalam pada 20 Jun, susulan kontraknya dilaporkan telah tamat.

Dua lagi kapal, Fugro Discovery dan Fugro Equators, telah beredar dari kawasan itu bagi membuat kunjungan ke pelabuhan untuk mengisi semula bekalan, yang merupakan perkara rutin dan perlu dalam operasi mencari, menurut JACC dalam kenyataan.

"Bagi tempoh beberapa minggu akan datang, tiada kapal akan berada di kawasan pencarian kerana ia akan transit ke dan dari Pelabuhan Fremantle. Selepas mengisi semula bekalan, kedua-dua kapal akan kembali ke kawasan pencarian," menurut agensi itu.

Sabtu lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata fasa satu misi mencari melibatkan kawasan seluas 60,000 km persegi di Lautan Hindi akan selesai menjelang akhir bulan ini.

Beliau dipetik sebagai berkata, Malaysia komited untuk meneruskan misi mencari ke fasa dua yang melibatkan tambahan kawasan seluas 60,000 km persegi.

JACC berkata lebih 50,000 km persegi dasar laut telah diliputi setakat ini.
"Operasi mencari akan diteruskan pada musim sejuk, tetapi penangguhan dijangkakan," katanya.

Pesawat Malaysia Airlines itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada skrin radar semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada pagi 8 Mac tahun lepas.
Tags / Kata Kunci: MH370 , JACC , Fugro Discovery , Fugro Equators , GO Phoenix

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan