Mara Inc Diberi Tempoh Seminggu - Annuar Musa

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2015 12:15 PM

Annuar Musa

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Raya (Mara) memberi tempoh seminggu bermula Rabu kepada anak syarikatnya Mara Incoporated (Mara Inc) untuk menjelaskan dakwaan yang dibangkitkan oleh sebuah akhbar di Australia, The Age berhubung urusniaga pemilikan hartanah di Melbourne yang disifatkan mempunyai unsur-unsur rasuah.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, penjelasan bertulis itu akan dibincangkan di peringkat Majlis Mara dalam tempoh dua minggu lagi untuk tindakan susulan.

"Kita beri Mara Inc selama tujuh hari untuk beri penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan oleh akhbar The Age itu.

"Selepas itu, dalam masa 14 hari kita akan panggil mesyuarat majlis untuk teliti satu persatu penjelasan tersebut dan tentukan langkah-langkah yang akan diambil," katanya pada satu sidang media, Rabu.

Pembelian bangunan di Melbourne itu adalah untuk dijadikan asrama pelajar yang dibiayai Mara.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mara Inc, Datuk Abd Halim A Rahim turut menemuinya pada Selasa berhubung isu tersebut.

Namun, kata Annuar, beliau tetap mahukan penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan akhbar The Age dalam bentuk penjelasan bertulis.

"CEO (Mara Inc) Datuk Abd Halim ada jumpa saya semalam (Selasa) tapi saya mahu laporan bertulis," katanya.

Pada masa yang sama, Annuar menambah, Mara telah menjalankan siasatan mendalam terhadap Mara Inc dua bulan sebelum The Age membuat pendedahan tersebut.

Jelas beliau, pendedahan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan menyifatkan ia sebagai maklumat tambahan bagi membantu siasatan.

"Sebelum disiarkan dalam The Age, Mara Inc sudah pun dalam proses pengauditan Mara. Anak syarikat itu juga dalam tindakan Unit Integriti Mara yang dipengerusikan pegawai SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

"Ini bukan perkara mengejut bagi kita. Mara dah ambil tindakan dalaman. Kita hanya anggap ia (laporan akhbar tersebut) sebagai maklumat untuk kita ambil tindakan susulan," katanya.

Menurut beliau, Mara akan memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa yang menyiasat kes tersebut supaya individu yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Kita harap SPRM akan siasat kes ini sedalam-dalamnya dan kita akan beri kerjasama penuh. Tiada siapa pun akan dilindungi sekiranya ada perkara berkait dengan pelanggaran undang-undang berlaku. Tindakan tegas harus diambil," katanya.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Mara Inc , The Age , Melbourne

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan